Siakap Keli
Gambar Hiasan/Pinterest

Kerana Salah Cetak Al-Quran, Kerajaan Kuwait Pernah Alami Krisis Hingga Parlimen Dibubarkan

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalani kehidupan seharian.

Pernah satu ketika di Kuwait, pada Mei 1999 pemerintahnya terpaksa mengambil keputusan untuk membubarkan Parlimen gara-gara berlaku kesilapan dalam mencetak sebanyak 120,000 naskah Al-Quran sehingga mencetuskan krisis politik dalam negara.

Emir Kuwait, Sheikh Jaber al-Ahmad al-Sabah ketika itu kemudian mengumumkan tarikh pemilihan baru pada 3 Julai bagi memilih wakil mengisi 50 kerusi yang dikosongkan gara-gara insiden berkenaan.

Menurut laporan BBC, kesalahan yang berlaku dalam cetakan Al-Quran ketika itu adalah satu baris ayat suci telah tertinggal dan individu yang dipertanggungjawabkan dengan kesalahan berkenaan adalah seorang menteri iaitu Ahmad al-Kulaib. Beliau ketika itu dituduh sengaja melakukan kesalahan berkenaan bagi memesongkan kepercayaan umat Islam di Kuwait.

Malah, wakil-wakil Parlimen yang lain turut mendakwa bahawa kesilapan berkenaan menjadi senjata kepada musuh-musuh Kuwait dan agama Islam. Mereka kemudian bersepakat untuk mengadakan undi tidak percaya bagi melucutkan jawatan al-Kulaib.

Bagiamanpun, sebelum sempat undian berkenaan dijalankan, Emir Kuwait kemudian membubarkan Dewan Negara sebagai salah satu usaha bagi mengelakkan sebarang kekecohan berlaku.

Sebelum ini, Kuwait juga pernah membubarkan parlimen pada 1986 sebelum diwujudkan semula kemudian sebagai usaha untuk membebaskan negara itu dari penjajahan oleh Iraq.

Sumber: BBC, Pinterest

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.