Siakap Keli

Lemon Beku Mampu Menjadi Penawar Kepada Penyakit Diabetes, Kanser Dan Obesiti – Kajian

Dalam beberapa tahun kebelakang ini, dapat dilihat di restoran, gerai mahupun penjual air di pasar malam sekali pun semakin tertarik untuk menjual air yang mengandungi buahan sitrus seperti lemon, herba mahupun pudina kerana dikatakan boleh menyegarkan tubuh badan dari dalam.

Tidak hanya itu, masyarakat jugak nampaknya telah cakna dengan kelebihan yang ada pada sumber semulajadi ini. Ianya ternyata dapat memberi khasiat yang baik dari segi kesihatan termasuklah kecantikan kulit. Malah banyak resepi baru yang ‘dicipta’ menggunakan bahan-bahan tadi tular di media sosial terutamanya pada bulan Ramadhan ini.

Gambar Hiasan

Terbaru, satu kajian telah menjelaskan bahawa bahawa lemon mengandungi nutrien yang mampu menghalang pembiakan pelbagai jenis tumor (ketumbuhan). mencegah diabetes, melancarkan peredaran dan mengimbangi kandungan gula dalam darah serta dapat mengurangkan berat badan.

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon itu mampu melawan pelbagai jenis kuman. Malah, ada kajian yang menyatakan bahawa lemon mengandungi lebih dari 22 sebatian (campuran bahan) untuk melawan kanser termasuklah, Limonene, Citrus pectin, Flavonol glycosides dan Vitamin C.

Untuk Mendapatkan Lebih Khasiat Lemon, Boleh Try Cara Ini

[1] Cuci dan bersih buah lemon yang anda beli tadi. Keringkannya sebelum masukkannya ke dalam beg mahupun bekas. Kemudian, simpan bekas yang mengandungi lemon tersebut ke dalam peti sejuk (beku).

[2] Lemon yang beku sebenarnya lebih mudah untuk dipotong, diperah atau dihiris. Perlu diingat bahawa kebanyakan khasiat lemon berada di dalam kulitnya. Oleh itu, jangan sia-siakannya!

Gambar Hiasan
[3] Setelah itu, anda boleh campurkan potongan lemon itu ke dalam makanan, minuman mahupun di makan bergitu sahaja.

Sumber : Natural Cure and Home Remedies

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.