Siakap Keli

Lepas Jumpa Cawan Latte, Sekarang Botol Air Pula ‘Hiasi’ Babak Siri ‘Games of Thrones’

Pengarah dan pelakon ‘Games of Throne’ pasti tahu bahawa tidak semua orang akan gembira dengan cara filem itu berakhir tapi mereka juga tidak mungkin mengharapkan filem itu berakhir dengan beberapa scene yang agak meragukan.

Jika masih ingat dalam episod The Last of The Starks muncul gambaran cawan kertas dipercayai dari jenama kopi terkenal terletak bertentangan dengan Emilia Clarke. Ternyata lebih banyak lagi babak yang agak melucukan yang belum anda saksikan sepenuhnya dalam musim akhir filem tersebut.

Unilad
New York Post

Semasa episod akhir, salah seorang peminat filem tersebut telah membuat Tweet selepas mendapati objek mirip seakan botol plastik yang terletak di bawah tempat duduk dua kaki pelakon yang berbeza di lokasi pengambaran yang sama.

Games Spot
TV Line

Botol air itu dikatakan muncul dalam durasi ke 46:19 ketika ditayangkan di HBO sebelum muncul untuk kesekian kalinya selama beberapa minit. Apa yang lebih mengejutkan, terdapat dua buah botol air dalam babak yang sama. Satu terletak di bawah kaki John Bradley yang memegang watak sebagai Samwell Tarly dalam filem tersebut, dan botol kedua pula dikatakan muncul di bawah kaki Ser Davos.

Dan ini pula foto botol air kedua yang kelihatan di bawah kaki Ser Davos.

Bored Panda

Bercakap mengenai babak cawan kertas starbucks, sebelum ini, HBO telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesilapan teknikal dalam babak tersebut dimana seharusnya cawan herba yang berada di ditu dan bukannya secawan Latte.

Penerbit eksekutif filem tersebut, Bernadette Caulfield telah membuat permohonan maaf kepada peminat filem tersebut dan turut meminta babak tersebut diedit semula dan menyiarkannya di saluran HBO Now dan HBO Go. Beliau juga terkejut dengan kesilapan teknikal tersebut.

“Saya juga amat terkejut, dan seakan tidak mempercayainya. Katanya kepada WNYC. Kami telah serahkan bahagian kerja tersebut kepada orang prop sepenuhnya, oleh itu kami tidak jangka akan berlaku kesilapan teknikal yang berulang ini. Sekali lagi saya memohon maaf.”

Sumber: Bored Panda

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"