Siakap Keli

Menjadi Pilihan Ketika Berbuka, Ini Manfaat Kurma Yang Patut Anda Tahu

Sebut sahaja bulan puasa, selain bazar ramadan dan mercun, salah satu yang menjadi ‘identiti’ bulan puasa di Malaysia ialah buah kurma.

Buah kurma mempunyai rasa tertentu mengikut jenis dan tempat asal pokoknya ditanam. Secara keseluruhan, rasanya manis dan isinya lembut namun sedikit liat. Buat anda yang tidak makan buah kurma, ada banyak menu kurma lain yang boleh anda cuba seperti susu kurma, smootie, cucur kurma dan puding kurma.

Sedikit sebanyak tentang kurma, buah kurma adalah dari pokok jenis palma dalam keluarga genus Phoenix. Kurma menjadi makanan lazim buat penduduk yang tinggal di Timur Tengah sejak beribu-ribu tahun.

Pohon ini dipercayai berasal dari sekitar Teluk Parsi dan mula ditanam secara meluas sejak zaman Mesopotamia ke zaman Mesir Purba (4000 SM). Malah, terdapat bukti arkeologi tentang penanaman kurma di Arabia timur pada tahun 6000 SM.

Kurma masak dalam empat peringkat iaitu kimri (matang), khalal (rangup), rutab (masak lembut) dan tamar (masa kering matahari). Di Malaysia, kita boleh dapati hampir 10 jenis kurma, namun kebiasaanya kita menikmati kurma yang telah kering.

MANFAAT KURMA 

  • Mengatasi sembelit

Kurma menjadi salah satu solusi kepada mereka yang sukar buang air besar. Untuk mendapatkan manfaat kurma untuk memudahkan pencernaan, rendam beberapa biji kurma dengan air putih semalaman. Minum waktu pagi dan makan sekai buah kurma yang telah direndam bersama.

Kurma memiliki kadar serat larut yang tinggi. Ia penting dalam menggiatkan pergerakkan usus sehingga saluran pencernaan menjadi lancar semula.

  • Menambah kekuatan tulang.

Kurma mempunyai sejumlah mineral yang tinggi menjadikan ianya bagus untuk memperkuatkan tulang dan melawat penyakit tulang rapuh seperti osteoporosis.

Kurma juga mengandungi selenium, mangan, tembaga dan magnesium yang semuanya merupakan sebahagian dari perkembangan dan kekuatan tulang, yang menjadikan tulang kuat dan sihat terutamanya untuk golongan tua.

  • Membantu mengubati anemia

Kurma mengandungi kandungan mineral dan zat besi yang tinggi, untuk manfaat mereka yang mengalami anemia dan kurang darah. Tingginya zat besi ini akan membantu proses pembentukan sel darah merah, meningkatkan energi sekaligus engurangkan rasa lelah dan lesu.

  • Kurangkan reaksi alergik

Salah satu kandungan kurma ialah belerang organik yang ada didalamnya. Ia membawa kebaikan kesihatan yang banyak termasuklah mengurangkan tindak balas alergik dalam tubuh.

Penelitian yang dilakukan pada 2002, terdapat senyawa sulfur organik yang memberikan dampak positif terhadap penderita rinitis atau SAR (Seasonal Allergic Rhinitis)

  • Mempercepat pemulihan demam berdarah

Beberapa kajian juga menyatakan bahawa manfaat kurma dapat membantu meningkatkan jumlah trombosit pada penderita sakit demam berdarah.

Mineral yang terdapat dalam buah kurma seperti galaktosa, xilosa dan manosa dapat menambah kadar trombosit sekitar 23.90%

  • Menambah berat badan

Bagi anda yang kurang berat badan, masukkan kurma sebagai salah satu dari diet sihat harian anda. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin esential. Jika anda konsisten, anda boleh meningkatkan berat badan dari peringkat normal dan seimbang ke berat badan ideal.

Satu kilogram kurma mengandungi hampir 3,000 kalori dan ianya cukup untuk memenuhi keperluan tubuh badan manusia sehari-hari. Namun sebaiknya, kawal berapa banyak anda makan.

  • Energy Booster

Kandungan gula dalam kurma sangat tinggi seperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Oleh itu, kurma boleh dijadikan salah satu makanan untuk memaksa pengeluaran tenaga. Hal ini sangat bersesuaian dengan contoh yang diberikan Rasulullah iaitu dengan mengawali berbuka puasa dengan beberapa butir kurma.

Di lain situasi, selepas anda selesai melakukan olahraga, anda boleh mengunyah beberapa biji kurma untuk mengembalikan tenaga.

  • Meningkatkan daya ingat dan sistem kerja otak

Kandungan kalium yang tinggi dalam buah kurma sangat tinggi sehingga membantu anda mengembalikan oksigen dalam tubuh badan sehingga ke otak untuk melancarkan fungsi badan.

  • Mencegah terjadinya insomnia

Jika anda mengalami gangguan sukar tidur, metabolisme anda akan turut terganggu. Salah satu solusi untuk mengelakkan insomnia, makan buah kurma 15 minit sebelum tidur. Kandungan vitamin B3 yang terdapat dalam buah kurma membantu anda untuk meenangani gejala ini.

  • Meningkatkan stamina seksual

Kajian yang dijalankan menunjukan manfaat kurma dapat meningkatkan stamina seksual. Caranya, rendam segenggam kurma bersama dengan susu kambing segar semalaman. Boleh juga ditambah madu mengikut cita rasa masing-masing.

Pada tahun 2006, Bahmanpour telah menjumpai manfaat kurma dengan minyak pada fungsi seksual yang menunjukan kadar komponen estradiol dan flavonoid yang tinggi dapat meningkatkan sperma dan motilitas serta meningkatkan ukuran dan berat testis.

  • Ubat untuk keracunan alkohol

Untuk mereka yang keracunan alkohol, kurma memberikan kelegaan yang cepat. Caranya, kurma harus direndam semalaman. Minum pada waktu pagi untuk mereka yang masih lagi sakit kepala akibat alkohol.

Sumber: Honestdocs

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia