Siakap Keli

Rakyat Singapura Dipenjara Di Las Vegas Kerana Berkahwin Kali Kedua

Seorang lelaki warga Singapura, berusia 58 tahun yang sudah berumah tangga ditangkap kerana cubaanya yang ingin berkahwin dengan seorang lagi wanita di Las Vegas tahun lalu.

Mahkamah Singapura memberitahu bahawa lelaki terbabit telah berkahwin dengan isteri pertamanya, yang kini berusia 56 tahun sejak 32 tahun lalu. Sehingga kini, pasangan tersebut masih berkahwin dan kekal suami isteri sejak pendaftaran mereka pada tahun 1987.

Ronnie Oh Yin Yang, yang berkenalan dengan seorang wanita berusia 26 tahun dari laman sosial.

Permulaan kepada hubungan itu apabila Oh mula memberi wang setiap bulan kepada wanita muda itu, meminta untuk bekerja di syarikatnya selain menjadi teman wanitanya.

Oh juga membuat perjanjian untuk memberikan elaun kepada wanita itu jika dia setuju untuk berkahwin denganya. Wanita itu bersetuju dan mereka merancang untuk mendaftarkan perkahwinan mereka di Amerika Syarikat meskipun wanita muda itu tahu Oh masih beristeri di Singapura.

Namun sebaliknya, perkahwinan tersebut tidak sah kerana isteri pertamanya masih hidup. Setakat ini, masih belum diketahui bagaimana perkahwinan kedua itu terbongkar.

Timbalan Pendakwaraya Tan Ben Mathias meminta Oh dikenakan hukuman penjara selama sebulan.

Oh yang tidak diwakili peguam meminta agar hukuman diringankan kerana dia mempunyai tanggungjawab terhadap syarikatnya selain syarikatnya ketika itu memerlukanya.

“Saya bertengkar denganya setiap hari. Ketika dalam perjalanan ke sini pun kami masih bertengkar” Oh merujuk kepada isteri pertamanya. Oh menambah, ia menghidapi beberapa jenis penyakit seperti darah tinggi, sukar berjalan dan paras kolestrol yang tinggi.

Pihak Pendakwaraya membalas bahawa hukuman penjara sebulan itu merupakan hukuman paling ringan yang diberikan untuk kes sebegini.

Atas kesalahan berkahwin lagi semasa isteri pertama masih hidup, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sumber: CNN

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia