Cuba anda bayangkan sebuah tempat yang anda perlu jelajah selama sembilan hari untuk sampai ke satu destinasi. Sembilan hari berada di atas bot yang bergoyang dipukul ombak laut dengan apa-apa sahaja yang berada di sekeliling anda. Menelusuri lautan luas yang terbentang seolah-olah anda tidak pernah sampai ke mana-mana pesisir pantai.
Penjelajahan tersebut hanya akan berakhir apabila anda sampai di sebuah bandar yang diberi nama bandar Palmerston. Sebuah bandar yang dikelilingi dengan terumbu karang kecil di Kepulauan Cook yang berada di tengah lautan paling dalam di dunia, Lautan Pasifik.
Bandar tersebut adalah rumah kepada 62 orang penduduk yang kesemuanya berasal dari pedagang Inggeris yang menetap di pulau hijau ini sekitar 150 tahun yang lalu.
Pulau Palmerston

Pulau Palmerston adalah sebuah kehidupan sebenar yang menjalani sisa kehidupan secara perlahan. Tidak ada kedai atau kedai runcit di sana. Untuk menyara dan membina sebuah kehidupan, ramai penduduknya melibatkan diri dalam bidang pertanian dan perikanan seperti memancing dan juga menanam kelapa.

Untuk mengisi masa lapang pula, kebanyakan dari mereka gemar membuat perhiasan, bermain bola tampar atau berenang. Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai bekalan tenaga elektrik dan Internet, namun ianya hanya boleh digunakan untuk beberapa jam sehari. Sesetengah penduduknya juga mempunyai telefon bimbit dan TV satelit.

Namun, tiada apa yang boleh anda dapat di pulau ini. Wang hanya digunakan untuk membeli bekalan dari dunia luar. Terdapat hanya dua tandas di pulau itu dan penduduk mengumpul air hujan untuk bekalan minuman mereka. Kehidupan di sana benar-benar indah terutamanya pada hari Ahad apabila loceng gereja berdering untuk memanggil orang untuk berkumpul bersama di gereja sebelum mereka menjalankan sebarang aktivi harian mereka.
62 Penduduk Menggelarnya Sebagai Rumah Mereka

Pekan Palmerston terletak di puncak gunung berapi yang kuno, formasi yang juga dikenali sebagai atol. Atol terdiri daripada lebih daripada sedozen pulau karang berpasir yang bersama-sama membentuk cincin di sepanjang terumbu karang dan membentuk lagun. Apa yang lebih teruk lagi, terumbu karang itu terlalu tinggi di permukaan, oleh itu, tiada kapal terbang boleh mendarat di atasnya bahkan helikopter juga tidak mempunyai jarak tepat untuk mendarat di tempat itu menjadikannya hanya boleh diakses dengan menggunakan bot sahaja.
Pulau ini juga mempunyai sebuah sekolah, sebuah gereja, dan juga sebuah bar. Kehidupan terpencil di Palmerston bermanfaat untuk pulau itu sendiri kerana ia masih belum tercemar. Namun, sebaliknya, faktor keterpencilan pulau ini kadang-kadang dapat menimbulkan masalah tertentu (dan kadang-kadang juga bahaya) bagi penduduknya.
Sebagai contoh, lawatan seorang doktor gigi boleh mengambil hanya beberapa hari untuk sampai ke sana tetapi tempoh waktu yang tidak pasti untuk mencari jalan pulang kerana doktor tersebut perlu mengatur pengangkutan yang agak sukar di Kepulauan Palmerston.

Kepulauan Palmerston telah didiami sejak abad ke-19 oleh seorang tukang kayu Inggeris bernama William Marsters dan tiga isterinya. Kepulauan ini terletak di antara Kepulauan Cook yang dinamakan sempena penjelajah James Cook yang telah meneroka pulau-pulau tersebut di zaman dahulu. Selepas penemuan itu, tidak ada lagi manusia yang tinggal di pulau itu selama lebih dari lapan dekad.
Kemudian datang seorang pedagang Inggeris yang bernama William Marsters yang telah melintasi Palmerston pada pertengahan abad kesembilan belas dan jatuh cinta akan kecantikan pulau tersebut. Pada masa itu, Palmerston dimiliki oleh seorang saudagar British, John Brander, dan William telah bertemu dengannya di Tahiti sebelum beliau dilantik sebagai sebagai penjaga Palmerston. Dia berpindah ke sana pada tahun 1863 bersama isterinya, seorang wanita Polinesia, dan dua sepupunya (yang kemudiannya berkahwin dengannya).


Dua kali setahun, sebuah kapal akan datang ke pulau itu dengan makanan dan bekalan yang diperlukan dan William akan memberikan minyak kelapa sebagai pertukaran. Tetapi selepas itu, lawatan menjadi jarang sebelum akhirnya berhenti sama sekali. Surat dari William Marsters bertarikh 6 Januari, 1888, berbunyi, “Saya telah serahkan oleh Encik John Brander dari Tahiti untuk membuat minyak kelapa untuknya. Selama enam tahun pertama, kapal mereka menghadiri saya secara teratur tetapi selepas itu, mereka meninggalkan saya selama dua atau tiga tahun pada suatu masa dan pada tahun 1878, mereka berhenti datang ke sini.”
Walau bagaimanapun, sebagai seorang lelaki yang rajin, William mendapati cara untuk meneruskan kehidupan di pulau tersebut.
Rumah asal William Marsters masih berdiri yang dibina dari kayu kapal yang karam

Sekitar 300 orang tinggal di pulau kecil antara 1950 dan 1970

