Siakap Keli

Selepas Huawei, Trump Anggap Syarikat Automobil Jepun dan EU Pula Beri Ancaman Kepada Amerika Syarikat

Menganggap pengimportan bahagian auto dari Jepun sebagai ancaman kepada keselamatan AS, Trump sekali lagi mengejutkan dunia apabila akan menghentikan hubungan dua hala perdagangan dengan syarikat automobil Jepun.

Presiden Toyota Motor merangkap pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA), Akio Toyoda berkata,

“Kami kecewa mendengar mesej yang menunjukkan bahawa sumbangan pelaburan dan pekerjaan kami selama ini di Amerika Syarikat tidak dialu-alukan.”

Akio Toyoda. (Gambar: Auto News)

Toyoda menyatakan kekecewaannya terhadap Trump dan mendakwa sekatan perdagangan tersebut akan turut memberi impak kepada industri dan ekonomi automobil AS.

Sehingga kini, JAMA melaporkan syarikat-syarikat automobil Jepun di AS telah berjaya mencipta 94,000 peluang pekerjaan dalam bidang perkilangan industri tersebut dan secara tidak langsung menyediakan 1.6 juta peluang pekerjaan dalam bidang pengedaran dan pembekalan automobil di AS.

“Angka ini menunjukkan sumbangan dan komitmen ahli JAMA selama ini kepada US, kami yakin kenderaan dan bahagian import serta pengilangan kami di AS tidak mengancam keselamatan negara tersebut,” tambah Toyoda.

Kilang JAMA termasuk Honda, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Subaru dan Toyota mempunyai 24 pusat pengilangan, 45 fasiliti penyelidikan dan reka bentuk serta 39 pusat pengedaran di 28 negeri di seluruh AS.

(Gambar: Bloomberg/Getty Images)

Sehingga hari ini, pengilangan automotif Jepun mengilangkan satu pertiga daripada semua kenderaan yang dihasilkan di AS. Pada 2018, JAMA menghasilkan  3.7 juta kenderaan dan 4.4 juta enjin serta mengeksport 420,000 kereta dan trak dihasilkan di AS ke luar negara.

Pengarah Besar JAMA Amerika Syarikat, Manny Manriquez berkata, peluang pekerjaan dalam industri pembuatan kenderaan Jepun di AS meningkat sebanyak 29% dalam tempoh 2011 hingga 2018.

Pembuat kereta Jepun dikenali dengan kemampuan menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi dan kos membaiki yang berpatutan, kata Manriquez.

Sejak 1982, syarikat Jepun telah menghasilkan 84 juta kenderaan di US dan membeli bahagian auto yang dihasilkan di US bernilai kira-kira RM 4 trilion.

(Gambar: Denny Simmons/AP)

Jumaat lepas, Trump mengeluarkan arahan baru yang memberi masa enam bulan kepada Jepun dan Kesatuan Eropah untuk mempertimbangkan semula perdagangan mereka dengan US supaya industri automotif, tenaga kerja dan inovasi Amerika dilindungi.

Katanya, Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer akan menjawab ancaman terhadap keselamatan negara dimaksudkan yang berpunca daripada pengimportan automobil dan membincangkan perjanjian untuk melindungi pembuat kereta Amerika.

Trump betul-betul cuba merealisasikan slogan pilihan rayanya untuk ‘Make America Great Again‘ dengan mengetepikan ‘pesaing’ luar.

Sumber: CNBC

Amira

Love yourself.