Siakap Keli
Foto: Persatuan Haiwan Malaysia

Suspek Kes Tembak Monyet ‘Baby Sayang’ Akhirnya Ditangkap Polis

Beberapa hari lepas, tular satu video yang memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet yang berada di dalam sangkar.

Dalam video berkenaan, lelaki itu meminta monyet tersebut untuk memanggilnya “baby sayang” sebelum melepaskan satu das tembakan terhadapnya.

Sehubungan kejadian itu, Persatuan Pencinta Haiwan Malaysia telah menawarkan wang ganjaran RM2,000 bagi sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Usaha itu nampaknya membuahkan hasil apabila pihak polis dilaporkan telah menahan dua beranak yang disyaki terlibat dalam kes itu di kediaman mereka di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak malam tadi.

Suspek didakwa mengaku telah mengambil pistol milik bapanya ketika beliau sedang tidur dan telah membuang bangkai monyet tersebut ke dalam sebatang sungai.

Sumber: FB Geng Keselamatan Negara

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi