Siakap Keli

(Video) “Ia Seperti Kubah Cahaya Besar,” Rakaman Bola Api Terangi Langit Australia Gempar Penduduk

Lintasan bola api dipercayai meteor menerangi seluruh Selatan Australia dan Victoria, selasa malam lalu.

Rakaman cahaya putih terang itu dirakam oleh salah seorang penduduk di selatan Adelaide pada jam 1030 malam yang sama.

Individu tersebut menyifatkan objek itu begitu terang dan besar serta agak menakutkan.

“Langit malam itu berwarna jingga dan sangat terang.  Tiba-tiba datang bola api seperti ditembak melalui atmosfera ke Bumi.”

Rakaman CCTV dari pihak Pantai berhampiran Mornington Peninsula Victoria turut merakamkan perkara yang sama.  Cahaya meteor tersebut nampak begitu gah sehingga menerangi seluruh kawasan Port Philip Bay.

“Ini merupakan pengalaman bertuah untuk kami.  Sukar untuk meteor sebesar itu menerjah pada waktu malam, namun kami dapat melihatnya.”

“Salah satu perkara menarik mengenai meteor, kebanyakkannya memasuki Bumi pada waktu siang dan tak ramai dapat melihatnya.”

“Ia seperti kubah cahaya.  Saya melihat kubah cahaya pertama sangat terang, diikuti oleh kubah cahaya kedua yang sangat besar dan terfikir, apa itu?,” katanya sebelum mengetahui ia adalah meteor.

Sumber: ABC, Twitter

Nur Farra