Siakap Keli
Foto: Fox News

(Video)Sup Meletup, Muka Pelayan Melecur Ketika Mencari Pemetik Api Terjatuh Dalam Sup

Seorang pelayan di restoren Haidilao di Beijing, China mengalami mimpi buruk apabila wajahnya melecur akibat terkena sup panas yang sedang menggelegak baru-baru ini.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada sebuah pemetik api milik pelanggan yang terjatuh di dalam seperiuk stimbot yang sedang menggelegak. Ia didakwa terjatuh ketika pelanggan terbabit mahu menyerahkan pemetik api itu kepada seorang lagi rakannya di meja sama.

Mangsa telah dipanggil oleh pelanggan terbabit untuk membantu mereka mengeluarkan pemetik api berkenaan, namun belum sempat dia mengeluarkan pemetik api tersebut, ia telah meletup seterusnya menghasilkan percikan besar dari periuk itu.

Percikan itu dilihat terkena wajah mangsa serta seorang daripada pelanggan terlibat. Menurut laporan Fox News, sup itu boleh mencapai suhu sehingga 200 darjah Celcius

Kedua-dua mereka telah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan. Jurucakap restoran berkenaan memberitahu pelanggan telah melecur di tangan manakala pelayan terbabit pula melecur di muka dan semakin pulih.

Sumber: Fox News

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi