Siakap Keli

Ada Apa Dengan ‘Kon Merah’ Sampai Kecoh Satu Malaysia?

Malam tadi, kecoh apabila ‘kon merah’ menjadi bualan di media sosial. Ianya tercetus selepas satu rakaman rusuhan peniaga bazar yang dipercayai terjadi di Kelantan terhadap seorang pemandu kereta tular di media sosial.

Menerusi rakaman tersebut, mereka dilihat mengerumuni kenderaan itu sambil bertindak agresif. Malah, beberapa orang tidak dapat mengawal kemarahan sehingga memecahkan cermin belakang kenderaan itu.

Difahamkan, kejadian didakwa oleh netizen berpunca daripada seorang pemandu yang merempuh beberapa kedai di Uptown hingga menimbulkan ketidakpuasan hati peniaga di situ.

Wanita rempuh kanak-kanak di Uptown

Bukan saja-saja orang nak mengamuk

 

‘Kon merah’ yang menjadi tular adalah berpunca daripada tindakan seorang individu yang muncul secara tiba-tiba dalam insiden tersebut sambil memikul kon. Dia dilihat ingin menghentam kenderaan itu menggunakan kon yang dibawa tetapi sebaliknya telah menimbulkan rasa geli hati netizen.

Berdekah tengok brader tiba-tiba muncul pikul kon

Hari ini adalah ‘Hari Kon Sedunia’

Lambat sangat keluar kon

Sumber : Facebook

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.