Siakap Keli

“Awak Kena Faham Saya Panik,” Pemandu Kereta Buka Mulut, Beri Penjelasan Insiden ‘Kon Merah’

Tular satu insiden kekecohan malam tadi apabila seorang wanita yang memandu kenderaan di depan Bazar Buluh Kubu diserang oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai pengunjung di situ.

Menerusi satu rakaman video, sekumpulan lelaki dilihat mengerumuni kenderaan tersebut hingga ada yang bertindak merosakkan kereta wanita terbabit dengan menggunakan kayu dan kon.

Ini berikutan kerana rasa tidak puas hati dengan alasan yang diberikan oleh wanita berkenaan kerana tindakannya yang didakwa melalui kawasan yang sarat dengan pengunjung.

Penjelasan wanita berkenaan menjadi tular di media sosial. Dakwanya, dia sudah biasa melalui jalan ke pasar malam di kawasan tersebut.

Namun, berbeza apabila malam itu kerana terdapat ramai yang menghalang jalan sehingga dia terperangkap.

”Awak faham tak, saya tekan minyak sebab saya nak lari daripada orang belakang, tendang kereta saya.

“Awak kena faham, saya panik sebab orang kejar saya dari pasar raya dekat sini.” katanya.

Dapat didengari daripada rakaman berkenaan suara pengunjung yang mendakwa wanita berkenaan bertindak biadap ketika diminta membuat penjelasan. Malah, ada yang mendakwa, tayar kereta wanita itu menggilis kaki seorang kank-kanak.

Sumber: FB Kelantan State

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.