Siakap Keli
Gambar Facebook: Hazlin Nasuha

“Hati-Hati Beli Daging Lembu Sebab Ada Yang Jual Hasil Curi,” Lembu Milik Wanita Ini Dicuri Dan Isi Perutnya Ditinggalkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
  1. Sangatlah rugi sekiranya ada yang tidak berusaha untuk merebut peluang terbuka dengan melipatgandakan dan mempelbagaikan bentuk amalan sepanjang Ramadan ini. Tetapi ada juga segelintir manusia yang berkelakuan kejam.

Bulan ini sahaja, pelbagai kes yang melibatkan penganiayaan terhadap haiwan menjadi-jadi. Bulan Ramadan ini bulan di mana syaitan dirantai tetapi ada juga yang berkelakuan sepertinya dengan mencuri seekor lembu betina dan dibuang perutnya di tengah padang.

Kisah sedih ini dikongsikan oleh salah seorang ahli keluarga pemilik lembu berkenaan dengan tindakan individu yang tidak berperikemanusiaan menyembelih lembu bunting.

Tindakan pencuri itu lebih ‘cerdik’ apabila mereka enyembelih lembu ternakan berkenaan di tempat yang sama. Kejadian ini mendapat perhatian daripada ramai pihak kerana perkara ini berlaku bukan pertama kali di Kampung Pasir Putih, Kelantan. Malah ini adalah kali kedua berlaku ke atas keluarga ini dan sedihnya kedua-dua ekor lembu berkenaan adalah betina.

Dan untuk pengetahuan semua, dekat kawasan kandang kami itu dah dekat 20 ekor lembu hilang. Termasuk lembu kami seekor masa bulan 4 hari tu. Yang hilang seekor itu kami tak buat laporan polis sebab tak tahu lembu hilang kena curi ke tak. Sampai ada penternak lain yang dah “give up” sampai jual semua lembu peliharaan dia. Yang kena sembelih ini saya pergi buat laporan sebab memang dah sah kena curi.” ujar Hazlin.

Menurut Haslin Nasuha, anak ke-4 daripada keluarga itu, ibunya yang mengambil alih menjaga ternakan tersebut sejak ayahnya meninggal. Sudah hampir 30 tahun mereka menternak lembu. Anak-anak ada juga menolong untuk menjaganya dan akan membaiki kandang yang sudah uzur.

Jarak rumah dari kandang berkenaan agak jauh kira-kiranya 4 ke 5 kilometer dan agak jauh dari penempatan penduduk menyebabkan mudah pencuri berkenaan melakukan pencurian.

Dalam satu status di Facebooknya, Hazlin mengingatkan para penduduk sekitar agar berhati-hati membeli daging kerana ada orang yang menjual hasil daripada mencuri.

Sumber: Hazlin Nasuha

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang