Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Skyscanner/Daily Mail)

Kerja Gila, Lelaki ‘Selamber’ Nyalakan Rokok Dalam Pesawat Buat Penumpang Lain Cemas

Seorang penumpang lelaki dalam sebuah penerbangan Spirit Airlines yang menuju ke Minneosta telah membuat ‘kerja gila’ apabila menyalakan sebatang rokok dalam pesawat yang dinaiki.

Perbuatannya itu telah dirakam oleh seorang penumpang wanita yang duduk berhampiran dengan lelaki berkenaan semasa penerbangan itu. Lelaki itu didakwa mengganggu penumpang berhampiran yang lain sepanjang penerbangan itu.

“Dia mengganggu penumpang lain dengan membuat bunyi bising dan lebih kurang 40 minit sebelum mendarat, dia duduk membelakangi saya,” kata wanita berkenaan.

Tidak lama selepas itu, lelaki itu dikatakan bangun secara tiba-tiba dan mengeluarkan rokok daripada poket seluarnya. Melihat gelagat lelaki itu, wanita berkenaan terus mengeluarkan telefon pintarnya dan terus merakam video.

Foto: ViralHog/Daily Mail
Foto: ViralHog/Daily Mail

Sejurus menyalakan rokok itu, lelaki itu dilihat membetulkan cara duduk beliau sebelum melelapkan matanya. Tidak ketahui apa sebenarnya motif  beliau melakukannya dan keadaan beliau semasa kejadian(sama ada bawah pengaruh dadah atau tidak).

Tindakan lelaki itu jelas membuatkan penumpang lain berasa cemas dan mereka terpaksa memanggil kru penerbangan yang bertugas. Salah seorang daripada mereka bergegas ke lelaki itu sebelum mengejut beliau dan memadamkan rokok terebut.

Foto: ViralHog/Daily Mail

“Kamu tahukan merokok dalam pesawat adalah satu kesalahan,” tanya kru itu kepada lelaki berkenaan. Beliau kemudiannya mengambil pas masuk lelaki itu dan meneruskan tugas beliau sehingga mendarat.

Lelaki itu tidak mendatangkan masalah lain selepas itu dan beliau ditahan oleh polis sejurus pesawat berkenaan mendarat. Tiada sebarang maklumat mengenai apa yang terjadi kepada lelaki berkenaan selepas itu.

Sumber: Daily Mail

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi