Siakap Keli
Gambar: Geotimes

Lelaki Dihukum Penjara 43 Tahun Kerana Membunuh, Tapi ‘Mangsanya’ Masih Hidup Sehingga Hari Ini

Membunuh merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh dihukum mengikut akta yang telah diperuntukkan bagi sesuatu kes. Hukuman yang diberikan adalah bertujuan bagi memberi pengajaran kepada orang ramai dan juga untuk membela nasib kematian mangsa yang dibunuh.

Namun begitu, terdapat situasi apabila seorang lelaki dihukum penjara selama 43 tahun atas tuduhan membunuh tetapi mangsanya masih hidup dan dalam keadaan yang baik sekarang. Pada 26 Mei 2019, dia telah menjalani hukuman selama 19 tahun, dan mangsa yang dikatakan dibunuh olehnya masih lagi hidup.

Lelaki tersebut pernah bekerja sebagai guru muzik di Texapan, Mexico. Kejadian ini berlaku selepas lelaki tersebut pulang bekerja dan berehat bersama isterinya, lapan orang polis telah menceroboh rumah dan menangkapnya. Menurutnya lagi, dia ditangkap tanpa waran dan dibawa ke balai polis tempatan. Lelaki yang baru berusia 22 tahun pada waktu itu dirantai tangannya, diseksa dengan renjatan elektrik dan dituduh membunuh.

Sewaktu pertuduhan dibacakan, lelaki ini mengenali ‘mangsanya’  kerana lelaki tersebut pernah meminjam duit daripadanya untuk menampung keperluan keluargan.

Ketika pertuduhan dibacakan, bapa kepada mangsa yang dikatakan dibunuh turut hadir dan memberitahu pihak polis bahawa lelaki tersebut bukan pembunuh anaknya.

Disebalik itu, pihak polis yang menguruskan kes tersebut mengatakan kepada bapa si mangsa

“Lihat, anda meminta kami untuk menangkap tiga suspek ini dan sekarang mereka telah ditangkap”

Berikutan itu, lelaki tersebut mendakwa bapa kepada mangsa berkomplot dengan pihak polis dan menjanjikan sogokan sebanyak USD 150,000 (RM628, 230). Kemudiannya, bapa tersebut menuntut insyuran nyawa sebanyak USD 1 Juta (RM4.19) ke atas kematian anaknya yang sehingga sekarang masih bernyawa.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh lelaki tersebut untuk membela nasibnya yang teraniaya. Dia dan isterinya telah menghantar pelbagai surat rayuan kepada semua hakim, majistret, presiden mahkamah dan gabenor di Mexico. Namun, tiada jawapan yang diberikan sehingga sekarang.

Gambar: ns.gov.my

Setelah berputus asa dengan segala rayuan yang diusulkan sebelum ini, bekas guru muzik tersebut membawa kes yang melibatkan dirinya itu ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Inter-Amerika. Setelah menjalani siasatan, mahkamah mengarahkan agar guru muzik tersebut dilindungi di bawah Protokol Istanbul.

Menurut isterinya kepada pemberita, suaminya tidak bersalah kerana mangsa yang dikatakan dibunuh masih hidup sehingga sekarang. Dia juga meminta agar keadilan memihak kepada suaminya yang telah menjalani hukuman selama 19 tahun atas pertuduhan yang tidak pernah dilakukannya.

“Telah terbukti bahawa orang yang dikatakan suami saya dibunuh masih hidup, mereka menuduhnya sesuatu yang tidak masuk akal, saya meminta keadilan dan pembebasan suami saya, yang telah dipenjarakan selama 19 tahun atas jenayah yang tidak pernah dilakukan, jenayah yang dibuat.”

Sumber: Myjoyonline

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa