Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Lelaki Hidup Bersama Ketumbuhan Otak Terbesar Dunia Selama 20 Tahun

Pakar bedah India berjaya mengeluarkan ketumbuhan otak yang didakwa sebagai ketumbuhan yang paling besar di dunia dicatatkan setakat ini.

Seorang lelaki yang berusia 31 tahun telah dilaporkan hidup  dengan ketumbuhan dikepalanya itu selama 20 tahun kerana takut dan kekurangan wang untuk membuangnya.

Selepas doktor berjaya membuang ketumbuhan seberat 5kg itu, pihak doktor menyatakan bahawa ketumbuhan itu merupakan yang paling besar pernah dicatatkan dalam rekod perubatan.

Gambar: Daily Mail

Pakar bedah tersebut menyatakan bahawa ketumbuhan itu mempunyai saiz yang sama seperti kepala lelaki itu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Sakthivel, dilaporkan sedang pulih dengan baik daripada pembedahan tersebut.

‘Pesakit tersebut datang ke hospital kami pada minggu kedua bulan Mei dengan ketumbuhan yang besar pada kepalanya dan ketumbuhan itu dilihat membataskan pergerakan lehernya,’ kata Dr J Srisaravanan, pakar bedah yang merawat Sakthivel.

‘Dia telah hidup bersama ketumbuhan itu selama 20 tahun, disebabkan abangnya telah mati semasa dibedah, dia menjadi takut untuk dibedah bagi membuang ketumbuhan yang berada di kepalanya itu.’

Gambar: Daily Mail

Dr Srisaravanan mengambil masa selama 10 jam sebelum berjaya membuang ketumbuhan dalam satu operasi pembedahan yang dilakukan di Hospital Rajaji, Madurai.

Meskipun lelaki itu telah menderita disebabkan ketumbuhan semasa dia masih berumur 11 tahun lagi, dia tidak pernah bertemu dengan mana-mana doktor bagi mendapatkan rawatan.

Sakhtivel tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos pembedahan itu. Dia juga turut bimbang akan pembedahan yang bakal dilakukan kerana menurutnya abangnya pernah mati ketika dibedah.

Namun apabila ketumbuhan itu semakin membesar, Sakthivel sentiasa bergelut untuk menggerakkan kepalanya dan ianya menjejaskan aktiviti hariannya, ketika itu barulah dia tergerak hati untuk mendapatkan rawatan.

Gambar: Daily Mail

Dalam satu laporan yang disiarkan di BBC tahun lepas menunjukkan seorang lelaki yang memiliki ketumbuhan otak seberat 1.8kg dipercayai merupakan ketumbuhan yang paling besar di dunia dicatatkan ketika itu. Ketumbuhan yang berada di kepala Sakhtivel pula mempunyai dua kali ganda daripada berat tersebut.

Dr Srisaravanan berkata: ‘Sepanjang pengalaman kami dalam bidang perubatan ini, kami tidak pernah menemui ketumbuhan yang begitu besar seperti dalam kes Sakhtivel ini.’

‘Ketumbuhan itu juga turut membuatnya kurang berkeyakinan untuk bersosial serta berjumpa dengan orang,’ ujarnya.

‘Ketumbuhan tersebut hampir sama besar dengan kepalanya. Saya tidak pernah jumpa ketumbuhan yang besar begini selama 15 tahun berkecimpung dalam bidang ini,’ tambah pakar bedah itu.

Gambar: Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right