Siakap Keli
Gambar: Bernama

Maxis Cipta Aplikasi Mudah Alih Hari Raya Untuk Golongan Cacat Pendengaran

KUALA LUMPUR, Maxis Bhd telah mencipta aplikasi mudah alih bersempena dengan Hari Raya tahun ini, membolehkan golongan cacat pendengaran untuk mengalami ‘’takbir” menerusi visual dan getaran buat pertama kalinya.

“Takbir merupakan bahagian penting dalam menyambut Raya bagi umat Islam di seluruh dunia, Malangnya, golongan pekak akan berasa terpinggir apabila menyertai takbir raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk mencipta aplikasi itu, Maxis bekerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia untuk lebih memahami cabaran dialami golongan pekak, serta merundingi imam Masjid Ara Damansara, Ustaz Mohammad Khairul Mohd Lias.

Aplikasi Deria Takbir itu, yang menggunakan ciri akses prasedia ada dalam iPhone seperti enjin haptik, menukar gelombang bunyi masa nyata kepada pola visual simatik dan maklum balas haptik, membolehkan pengguna merasai ritma dan melodi takbir, kata Maxis.- BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang