Siakap Keli

Mitsui Outlet Park Buat Sale 90% Dan Ganjaran Hebat Bernilai RM500,000 Sempena Hari Raya

Raya datang lagi. Tibalah seluruh alam ini mencari-cari tempat membeli keperluan raya dengan tawaran harga yang terbaik.

Sebut je nama Mitsui Outlet Park pasti ramai kaki ‘shopping’ yang dah tak senang duduk mendengarnya.  Mana taknya, Mitsui Outlet Park, sebuah pusat membeli-belah dengan rangkain 50 jenama terkenal seluruh dunia seperti Nike, Adidas, Pandora, Poney, Cotton On, Clarks dan pelbagai kedai barangan berjenama tak lupa juga kedai barangan kanak-kanak sesuai untuk kunjungan seisi keluarga.

Nak bagitahu, Mitsui Outlet Park sekali lagi menawarkan harga terlajak murah untuk korang sempena hari Raya yang bakal tiba tak lama lagi.

Bukan nak tipu ya, tapi kali ni memang betul-betul gempak diskaun dan hadiah yang menarik menanti setiap pengunjung ke Mitsui Outlet Park sepanjang promosi ini.  Apa yang bestnya, diskaun sehingga 90% diberikan buat korang semua untuk membeli barangan keperluan Hari Raya yang sekaligus memberi penjimatan berkali-kali ganda.

Selain diskaun 90%, korang juga berpeluang menikmati rebat tunai, cashback bagi setiap pembelian RM200 keatas. Banyak tu. 

Bila ni? Tak sabar dah kan?

Promosi ini bermula daripada:

  • 25 Mei sehingga 26 Mei 2019
  • 1 Jun sehingga 2 Jun 2019
  • 5 Jun sehingga 6 Jun 2019
  • 8 Jun sehingga 9 Jun 2019

Tak cukup lagi diskaun 90% dan rebat tunai, Mitsui Outlet Park turut menghadiahkan sebanyak 12 biji motosikal jenis Vespa dan Honda untuk para pengunjung yang berbelanja maksimum sebanyak RM300 dalam 2 resit. Ingat, 2 resit ya. Bagi peraduan menang motorsikal ni, tarikh promosinya bermula dari 1 Mei hingga 9 Jun 2019.  

Jadi, korang ada banyak masa lagi nak rancang apa yang ingin diborong dekat Mitsui Outlet Park nanti, sekali gus layak menyertai tawaran yang diberikan.

Korang boleh tengok tawaran-tawaran yang berlangsung sepanjang Ramadhan ini di sana.  Jangan tersalah tengok tarikh pula, nanti pergi sana, tak dapat nak tebus promosi seperti dibawah.


Kalau korang tengok salah satu promosi ni, pengunjung berpeluang memenangi peluang untuk ‘Spend and Win A Trip To Japan’ dengan melancong ke Jepun dan hanya berbelanja sebanyak minimum RM300 dalam dua (2) resit.  


So, lepas beli barang tu, cepat-cepat kemukan resit dengan main Garapon sebabnya konsep dia first come, first serve.

Rebat tunai segera juga berlangsung pada tarikh yang tertera dengan jumlah wang ringgit bernilai RM50 bagi pembelian RM1000 dan ke atas.  Ha, siapa nak bagi?

Sudahlah bagi macam-macam promosi, Mitsui Outlet Park ni bagi lagi percuma bayaran parking untuk korang.  Korang juga boleh cuba bermain Garapon untuk menangi pelbagai hadiah menarik.

Oleh itu, jangan tunggu lama-lama. Gaji dah masuk kan? 

Untuk maklumat lanjut layari website atau Facebook rasmi Mitsui Outlet Park KLIA Sepang.

Nur Farra