Siakap Keli

Monyet Ditembak Sebab Tak Sebut Baby Sayang, Ini Respon Mira Filzah

Malang bagi seekor monyet apabila kepalanya bersepai akibat ditembak seorang lelaki menggunakan pistol angin hanya kerana haiwan itu tidak menyebut ‘baby sayang’ seperti yang diminta.

Tindakan tidak rasional lelaki itu mendapat kecaman hebat dari warga maya yang mempersoal kemanusiaannya terhadap makhluk lain yang bernyawa.

Istilah ‘baby sayang’ merupakan nama panggilan yang dipopularkan oleh Mira Filzah ketika menjawab soalan yang dilontarkan oleh salah seorang peminat di live Instagramnya.

Merujuk kepada tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki tersebut yang kini telah ditahan disebabkan kesalahan menggunakan senjata api dan membunuh haiwan, ini respon Mira;

Baby sayang is a nice words. Ia adalah satu panggilan nama manja untuk orang yang kita sayang dan sebagainya. Jadi Mira tak terfikir pun untuk orang guna untuk benda-benda yang tidak baik.

“Jadi rasanya benda itu di luar kawalan Mira untuk Mira kawal orang sekeliling. Orang itu sendiri yang patut bertanggungjawab sebab dia yang menyalahgunakan benda tu,” kata Mira ketika ditemui di acara pelancaran Honor 20 Series di Kuala Lumpur semalam.

Amira

Love yourself.