Siakap Keli

Polis Beri Amaran Lelaki OKU Guna Taktik Sedekah, Cuba Pukau Orang Awam Guna Surat Dalam Bahasa Thai

Perbuatan pukau merupakan perbuatan yang menyebabkan mangsa akan berada di dalam keadaan separuh sedar dan menuruti segala perintah yang diberikan kepadanya. Perbuatan ini dikaitkan dengan ilmu hitam yang sangat di larang Islam terutamanya.

Baru-baru ini, seorang wanita menceritakan pengalamannya hampir dipukau oleh seorang lelaki kurang upaya di kedai miliknya.

Menurut wanita tersebut, lelaki tersebut menyamar pada awalnya dengan meminta sedekah. Apabila sedekah disumbangkan, lelaki itu meminta dia menadah tangan untuk mengaminkan doa. Selepas itu, dia mula mendakwa ada orang yang dengki dengan kedainya dan telah menggunakan ilmu hitam.

Wanita tersebut bersyukur kerana dirinya sempat sedar sebelum dirinya dipukau. Bagi tujuan keselamatan, perempuan itu membuang barang-barang yang telah disentuh oleh lelaki tersebut agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.

Menerusi kes ini, pihak Polis Daerah Pasir Mas tampil memberi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati terhadap lelaki tersebut. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada 21 Mei 2019 di sebuah kedai emas di Bandar Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan.

Pihak Polis IPD Pasir Mas ingin memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati- hati dengan seorang lelaki berketurunan Melayu (OKU di bahagia tangan kiri). Kejadian dilaporkan berlaku pada 21 Mei 2019 di sebuah kedai emas di Bandar Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan. Modus operandi yang digunakan Lelaki berkenaan adalah dengan mengemukakan satu surat dalam bahasa Thai dan memaklumkan tujuan untuk meminta sumbangan sedekah. Kemudian setelah sumbang diberikan, lelaki berkenaan meminta mangsa untuk aminkan doa yang dibacakan olehnya dan akan memaklumkan bahawa kedai mangsa ada unsur luar di mana ada pihak yang dengki. Lelaki berkenaan kemudiannya meminta wang syiling 50 sen untuk dibacakan doa bagi tujuan perubatan. Selain itu, Lelaki berkenaan meminta wang sebanyak RM100 dari mangsa dan cuba untuk melarikan telefon mangsa. Orang ramai diminta untuk berwaspada dan berhati- hati sekiranya berjumpa dengan lelaki berkenaan.

Sumber: Polis Daerah Pasir Mas, Cik Chah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa