Siakap Keli
Gambar: The Jerusalem post

Beberapa Wilayah Dilanda Kebakaran Besar, Israel Mohon Bantuan Luar Untuk Padam Api

Gelombang panas telah menyebabkan beberapa kebakaran berlaku di seluruh kawasan Netanyahu, Israel. Penduduk di kawasan sekitar masih dalam keadaan yang berjaga-jaga selepas kebakaran hutan akibat cuaca yang kering dan lebih 20 kebakaran dicatat di negara tersebut.

Puluhan rumah dicatatkan terbakar dan sekurang-kurangnya 3, 500 orang dipindahkan dari rumah mereka pada hari Khamis lalu di beberapa tempat termasuklah Mevo Modiim, Gimzo, Kfar Daniel, Shilat Dan Neot Kedumin. Bagaimanpun, hanya kecederaan ringan sahaja dilaporkan dan telah dirawat setelah menyedut asapĀ  yang terlalu banyak.

Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan, memberi amaran kepada Israel kerana berkemungkinan keadaan akan lebih buruk untuk beberapa hari. Suhu telah mencapai 40 darjah celsius di beberapa tempat dan angin kencang.

Israel telah meminta bantuan memadamkan kebakaran daripada beberapa buah negara berdekatan seperti Rusia, Croatia, Cyprus, Greece dan Itali menghantar beberapa pesawat pemadam kebakaran, sementara Mesir menghantar dua helikopter.

Polis telah menutup jalan 443 untuk beberapa jam dan tinggal satu laluan utama yang menyambung Baitulmuqaddis dan Tel Aviv dan menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga larut malam.

Sehubungan dengan itu, pihak bomba melarang untuk aktiviti membakaran secara terbuka sehingga diumumkan semula.

Sumber : The Jerusalem Post

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang