Siakap Keli
Dari kiri: En. Tee, Pengurus Besar Kumpulan ECS, Cik Lydia Foo, Pengarah Jualan HONOR Malaysia, Mira Filzah, HONOR 20 Series Wonder Girl, Encik Zhao Zhiwei, Ketua HONOR Malaysia, Encik Janson Kwan, Pengurus Besar Teletel Corporation

HONOR 20 Dijual Di Malaysia Pada Tanda Harga RM 1,699

Beberapa hari setelah pelancaran global di London, HONOR Malaysia melancarkan produk flagship mereka bersama duta Wonder Girl mereka, Mira Filzah di Kuala Lumpur semalam.

“Sebagai seorang yang menghargai fesyen dan kecantikan, saya suka mencuba gaya terbaru. Dengan bateri yang mampu bertahan seharian lamanya, saya boleh menggunakannya untuk mengabadikan detik-detik bermakna hidup saya melalui kameranya yang canggih,” kata Mira Filzah.

Hanya pada harga RM 1,699, penggemar fotografi boleh mendapatkan HONOR 20, alternatif bagi Huawei P30 yang lebih murah tetapi dengan kemampuan yang setara.

Didatangkan dengan warna elegan Midnight Black dan Sapphire Blue dalam reka bentuk holografik, HONOR 20 mempunyai empat kamera dengan fungsi khusus iaitu 2MP lensa makro, 8MP lensa telefoto, 16MP lensa sudut super luas dan 48MP lens utama yang membolehkan anda merakamkan detik-detik magikal tanpa perlu bersusah payah menukar lensa anda.

Kemasan belakang peranti menimbulkan kesan holografik apabila terkena cahaya.

Dengan kamera AI 48MP, siri HONOR 20 diinovasikan dengan AIS Super Night Mode untuk menangkap gambar yang jelas walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya dan mengekalkan warna asal subjek dengan lebih baik, melayakkan peranti ini mencapai skor DxOMark 111.

Foto: Instagram Mira Filzah

Dilengkapi dengan cip pemprosesan Kirin 980, HONOR 20 menggabungkan pelbagai inovasi teknologi untuk menyediakan peranti mudah alih berprestasi tinggi buat pengguna.

Selain mempunyai lensa sudut super luas yang boleh mencapai 117 darjah luas, HONOR 20 juga dilengkapi Penstabilan Imej Optik (OIS) yang berperanan menstabilkan dan menghasilkan gambar yang jelas walaupun tangan bergerak ketika mengambil gambar.

Bagi anda yang gemar mengambil gambar flora dan fauna pula, lensa makro 2MP siri HONOR 20 ini boleh membantu anda mendapatkan imej berkualiti dengan kemampuan zoom digital sehingga 30 kali untuk mendapatkan sekecil-kecil butiran imej subjek.

Dengan skrin 6.26 inci dan posisi sensor cap jari yang mudah dicapai di sisi peranti, HONOR 20 menjanjikan akses mudah alih yang memberi keselesaan kepada pengguna.

“Telefon pintar dengan quad-kamera HONOR ini menjadi simbolik pencapaian baru yang memberi peluang kepada pengguna kami untuk mencipta hasil seni tidak kira masa dan tempat secara versatil,” kata Zhao Zhiwei, Ketua HONOR Malaysia.

Di samping kamera berkualiti, peranti ini juga mempunyai bateri 4,000 mAH yang boleh dicas dengan pengecasan pantas 22.5W SuperCharge serta teknologi penyejukan Graphene yang boleh menyingkirkan haba dengan berkesan.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang suka main permainan mudah alih, siri ini turut dilengkapi dengan GPU Turbo 3.0 untuk menyokong visual permainan mudah alih seperti PUBG Mobile, Fortnite dan Arena of Valor.

Menjadi telefon pintar pertama dengan teknologi audio Virtual 9.1 Surround Sound Histen 6.0, siri HONOR 20 menyokong kebanyakan fon telinga dan dwi-mikrofon dengan sistem pengurangan bunyi bising.

Bagi sesiapa yang ingin bergaya dengan telefon pintar baru pada hari raya ini, HONOR Malaysia ada berita gembira untuk anda. Dengan pembelian antara 1 Mei hingga 9 Jun ini, anda berpeluang memenangi merchandise HONOR x Moschino.

Anda boleh layari portal rasmi Honor Malaysia atau Facebook mereka untuk maklumat lanjut mengenai produk ini.

Amira

Love yourself.