Siakap Keli

‘Kotak Berfikir’ Dijual RM2,600, Bantu Orang Sukar Buat Keputusan

Keputusan dan pilihan yang tidak tepat akan mendatangkan pelbagai masalah kepada diri sendiri dan komuniti sekitar.

Gambar: CahayaIslam.net

Namun begitu, akibat daripada terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan, ramai orang mengalami tekanan sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Namun, tahukah anda terdapat alat bantuan yang boleh membantu anda untuk berfikir?

Kotak berfikir yang dijual dengan harga $650 (RM2,600) ini dapat membantu manusia untuk berfikir bagi mendapatkan sesuatu jawapan mahupun pilihan. Kotak yang mudah alih ini boleh dibawa ke mana-mana sahaja kerana saiznya tidaklah terlalu besar.

Gambar: Form Emporium

Dilengkapi dengan penyumbat telinga, kotak ini dapat mengasingkan pengguna daripada unsur luar bagi menumpukan perhatian terhadap pemikiran yang akan dibuat. Ia dibuat menggunakan kotak kadbod, kain (lycra), dan topi keledar plastik yang boleh dilaraskan mengikut kesesuain kepala pengguna.

Kotak ini juga dilengkapi dengan 5 penapis kain berwarna yang boleh digunakan untuk menukar ‘mood’ yang sesuai dengan anda. Kotak ini juga hadir bersama bangku fikiran yang diperbuat daripada pepejal.

Gambar: Form Emporium

Kotak berfikir ini telah dijual melalui pasaran dalam talian dan menumpukan pelanggan daripada golongan-golongan yang memerlukan bagi membuat sesuatu keputusan mahupun pilihan. Walau bagaimanapun, ia dihasilkan dengan jumlah yang terhad iaitu sepuluh unit telah habis dijual.

Sumber: OddityCentral

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa