Siakap Keli
Gambar: Kompas Regional & Tribunnews.com

Pernah ‘Bunuh’ 1,100 Orang, Gunung Berapi Agung Meletus Lagi, Penerbangan Keluar-Masuk Bali Dibatalkan

Kira-kira sembilan buah kampung yang terjejas akibat daripada letusan Gunung Berapi Agung yang berlaku. Walau bagaimanapun, agensi berkaitan berkata ianya tidak meningkatkan tahap amaran untuk gunung berapi dan zon pengecualian kekal empat kilometer dari kawah gunung tersebut. Letusan tersebut yang berlaku selama empat minit 30 saat itu telah menyebabkan lava dan batu pijar mengalir sekitar tiga kilometer ke bawah.

Kali terakhir gunung tersebut meletus adalah pada tahun 1963, dan menjadi aktif semula pada tahun 2017 yang mana telah setengah abad tidak dikesan mengeluarkan tanda-tanda bahaya. Kesan daripada letusan tersebut telah menyebabkan 1100 orang terbunuh.

Gambar: jogjainside

Letusan gunung tersebut telah menyebabkan lapangan terbang Bali telah membatalkan penerbangan yang telah dijadualkan akibat daripada abu vulkanik.

Menurut Direktorat Jenderal Pengangkutan Udara, empat penerbangan telah dialih dan lima penerbangan telah dibatalkan.

Empat penerbangan ke Bali telah dialihkan dan lima penerbangan dari destinasi pelancongan popular dibatalkan kerana abu vulkanik.

Gunung Berapi Agung terletak kira-kira 70 kilometer timur laut dari kawasan pelancongan Bali di Kuta, dan letusan ini sudah pasti menjejaskan pelancongan di kawasan tersebut.

Sumber: 9News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa