Siakap Keli
Gambar: Wikipedia, CIO Bulletin

Selepas Google, Giliran Microsoft Pula ‘Bertindak’ Terhadap Produk Huawei

Selepas Google, kini tiba pula giliran sebuah syarikat teknologi gergasi milik Amerika Syarikat untuk menjauhkan diri daripada Huawei.

Syarikat yang dimaksudkan itu ialah Microsoft. Microsoft telah bertindak mengeluarkan produk komputer peribadi milik syarikat China iaitu Huawei daripada stor jualan atas talian milik syarikatnya itu.

Segala carian untuk mana-mana peranti yang membabitkan produk Huawei di dalam stor atas talian mereka kini tidak dijumpai.

Tindakan tersebut dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump melaksanakan perang perdagangan terhadap negara China. Di bawah satu undang-undang yang baharu, syarikat Microsoft telah dilarang untuk membekalkan sistem perisian Windows kepada Huawei, yang mana ianya sebelum ini digunakan di dalam kesemua produk komputer riba keluaran Huawei.

Produk keluaran Huawei seperti telefon pintar, komputer riba, dan jam pintar merupakan penyumbang pendapatan yang terbesar kepada syarikat tersebut.

Selepas Google dan Huawei menarik diri daripada bekerjasama dengan syarikat Huawei, produk-produk mereka telah menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna antarabangsa terutamanya telefon pintar mereka.

Kehilangan Microsoft sebagai pembekal dilihat tidak memberi impak yang besar kepada Huawei. Sungguhpun begitu, kehilangan jalinan kerjasama dengan syarikat Google dilihat akan memberi kesan yang besar kepada syarikat dari negara China itu.

Ini kerana, aplikasi popular seperti Gmail dan Youtube tidak akan dapat diakses melalui telefon pintar keluaran Huawei.

Berikutan dengan sekatan perdagangan yang dilakukan Amerika Syarikat, syarikat Huawei terpaksa membangunkan sistem perisian mereka sendiri bagi mengatasi masalah yang berlaku terhadap produk-produk keluarannya itu.

Sumber: CNN

Aqmal Ezany

I write what is right