Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ubat Pun Penting, Ini Idea Bekalan Ubat Untuk Balik Beraya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kita sibuk membuat persiapan sebelum pulang beraya, kemungkinan ramai yang terlupa akan beberapa perkara penting terutama bagi yang akan menempuhi perjalanan yang jauh untuk pulang ke kampung halaman.

Oleh itu, kita hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga kerana mungkin ada fasiliti kesihatan yang bercuti di musim perayaan. Selain itu, ada juga yang mungkin sukar untuk diakses di sepanjang perjalanan anda. Jadi, berkemungkinan agak susah untuk anda mendapatkan bekalan ubat-ubatan.

Pening tak tahu nak bawa ubat apa?

Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku di kampung halaman atau sepanjang travel:

1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Di musim perayaan pula sangat sinonim dengan hidangan air sejuk berais kan? Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti!

Paracetamol
Ubat ini boleh digunakan ketika anda demam, tak sedap badan atau pening kepala.

Loratadine
Ubat ini boleh digunakan semasa anda selsema, mengalami alahan atau gatal-gatal. Selain tidak menyebabkan anda mengantuk terutama bagi yang memandu dalam perjalanan yang jauh.

Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)

OTC throat lozenges
Ubat ini dapat membantu anda melegakan sakit tekak. Tapi boleh juga digunakan untuk hilangklan rasa mengantuk semasa anda memandu.

2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak?Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit!

Dimenhydrinate
Dimenhydrinate dapat membantu anda mengelakkan dan mengurangkan rasa untuk muntah dan loya, Sesuai juga diambil bagi mereka yang pening kepala dan mabuk jalan

Charcoal tablets
Disarankan anda mengambil ubat ini ketika sakit perut atau apabila anda mengalami cirit birit. Ubat ini amat kaya dengan general detoxification agents yang boleh membantu anda untuk menyahtoksin yang ada dalam perut.

Hyoscine butylbromide
Boleh diambil ketika anda sakit perut, perut kejang dan tidak selesa

ORS (air garam)
Fungsi ORS ini adalah untuk mengelakkan anda dari dehidrasi terlampau ketika perjalanan jauh. Ubat ini juga dapat melegakan sakit perut.

3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak rendang terhiris jari?

Mefenamic acid
Ianya merupakan sejenis ubat tahan sakit.

Pain management cream/oinments
Ubat ini boleh digunakan semasa anda mengalami kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan

Krim luka
Krim luka amat penting kerana ia dapat mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka-luka kecil.

 Plaster luka
First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!

Farmasi Salam

Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.

Kami doakan semoga semuanya sihat & selamat dalam perjalanan pulang ke kampung. Dan berhati-hatilah ketika memandu.

Sumber: Farmasi Salam

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"