Siakap Keli
Gambar: Youbeli & Goody Feed

Hairan, Kenapa Nak Kena Ada Lubang Pada Kerusi Plastik ? Ini Jawapannya

Setiap ciptaan yang dibuat pastinya mempunyai sebab-sebab yang tertentu. Pelbagai barangan yang terdapat di dunia ini masih belum dirungkaikan asbab sesuatu reka bentuk itu dilakukan. Sebagai contoh, benjolan pada huruf J dan F pada papan kekunci komputer diciptakan bagi memudahkan orang yang tiada keupayaan melihat untuk menaip. Namun, bagaimana pula dengan lubang yang diciptakan pada kebanyakan kerusi plastik yang kita guna setiap hari ?

Selama ini, rata-rata orang akan menganggap fungsi lubang tersebut untuk memudahkan kerusi dialih dengan memasukkan jari ke dalam lubang tersebut. Benar, itu juga merupakan salah satu fungsi lubang tersebut, tetapi bukanlah tujuan utama lubang tersebut diciptakan.

Gambar: Steemit

Fungsi sebenar lubang pada kerusi plastik diciptakan adalah kerana tekanan udara. Perkara ini kerana kerusi sering ditindih bersama dengan kerusi lain. Jika ketiadaan lubang pada kerusi tersebut, sudah pastinya kerusi yang bercantum sukar untuk dileraikan.

Gambar: Goody Feed

Dengan wujudnya lubang tersebut, ia memudahkan tekanan udara untuk dilepaskan dan kerusi yang bercantum tidak akan melekat antara satu sama lain. Namun masih timbul persoalan mengenai lubang yang terdapat pada kerusi kebanyakan berbentuk bulat.

Bentuk bulat pada lubang kerusi adalah kerana untuk memperkukuhkan lagi struktur kerusi. Perkara ini kerana bentuk bulat adalah lebih konsisten daripada bentuk-bentuk yang lain. Sekiranya diciptakan lubang pada kerusi berbentuk tiga segi atau petak, ia akan memberi tekanan yang lebih kuat dan menyebabkan kerusi-kerusi tersebut mudah patah dan rosak.

Sumber: Goody Feed

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa