Siakap Keli

Jangan Sebab Nak Nampak Kurus, Sampai Sanggup Abai Bahaya Akibat Kesan Pakai Korset

Tak perlu dijelaskan lagi, semua orang tahu bahawa menurunkan berat badan adalah sesuatu yang sangat sukar.

Menjaga pemakanan dan bersenam secara berterusan adalah 2 perkara penting dalam melakukannya tetapi ia merupakan perkara paling tidak disukai kebanyakan orang.

Jadi, apabila ada produk atau barangan yang menjamin kelangsingan badan terutamanya di bahagian pinggang dalam hanya beberapa minggu tanpa berusaha, sudah tentu mereka akan teruja.

Hello Sehat

Jadi, kemunculan ‘latihan pinggang’ atau ‘waist training’ membuatkan wanita seolah-olah hilang akal.

Ia melibatkan pemakaian baju seperti korset (seperti di abad ke-16) untuk merapatkan bahagian teras, pinggul, dan belakang badan anda.

Corset

Caranya adalah dengan memakaikan pakaian ini untuk tempoh tertentu setiap hari dan akhirnya badan anda akan membentuk menjadi lebih ramping dengan sendirinya.

Namun, apakah sebenarnya istilah latihan pinggang ini dan lebih penting, adakah ia selamat serta berkesan seperti yang didakwa oleh ramai orang?

Kesan Dan Risiko

Memudaratkan Organ Dalaman Terutama Di Dalam Perut

Forbes

Memakai peramping pinggang untuk jangka masa yang panjang boleh membahayakan organ sehingga boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Ia juga akan mengehadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting yang boleh membawa kepada kesukaran bernafas.

Malah, menurut Dr. Christopher Ochner, pakar penurunan berat badan dan pemakanan di Hospital Sinai terdapat kes di mana sesetengah wanita pengsan kerana memakainya terlalu lama.

Menyebabkan Dehidrasi

Tribunnews

Peramping pinggang akan memanaskan suhu teras dan boleh menyebabkan peluh berlebihan. Ini bermakna anda akan kehilangan berat air dalam badan dan berisiko untuk mengalami dehidrasi.

Menggangu Sistem Pencernaan

Hello Sehat

Peramping pinggang juga menekan di bahagian dada anda, ia meningkatkan peluang untuk pedih ulu hati dan senak.

Bukan sahaja ia boleh menyebabkan kesakitan, tetapi asid refluks yang berulang-ulang dapat menyebabkan kerosakan jangka panjang dengan mengikis dinding esofagus anda.

Menyebabkan Kerengsaan Pada Kulit

Hello Sehat

Memakai peramping pinggang yang dibalut rapat dan ketat di pinggang anda selama berjam-jam boleh menyebabkan kerengsaan dan ruam.

Ia juga akan menyebabkan lebam-lebam yang mana dalam kes teruk, lebam akan berlaku pada bahagian teras badan anda.

Malah, pakar-pakar mengatakan ia langsung tidak memberikan hasil. Menurut Dr. Christopher Ochner, membuang lemak atau mengecilkan bahagian badan tertentu adalah tidak wujud dan sesuatu yang mustahil.

Jika anda ‘menekan’ perut anda, kesemua lemak yang ada akan kembali ke tempat asal sebelum peramping pinggang dipakai, tak kiralah berapa lama pun anda memakainya.

Ya, ada di antara mereka yang tidak mengalami sebarang kesan sampingan dengan memakai peramping pinggang. Namun untuk mendapatkan hasil seperti mengecilkan pinggang dan kurangkan berat badan, ia tidak akan berlaku dengan begitu pantas sekali.

Sumber: Marie Claire, T Nation, Marie France

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"