Siakap Keli

Kagum, China Bina Lapangan Terbang Bentuk ‘Snowflakes’, Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Dunia

Bandar raya Harbin yang terletak di China terkenal dengan festival ais yang dianjurkan pada setiap tahun. Keindahan di muka bumi China yang dinamakan ‘City of Ice’ ini pastinya akan melonjak naik berikutan lapangan kapal terbang yang dibina berbentuk salji gergasi.

Melalui pendedahan oleh arkitek yang mengendalikan projek mega ini, reka bentuk terminal ketiga Lapangan Terbang Antarabangsa Harbin Taiping ini sungguh menakjubkan. Lapangan kapal terbang tersebut direka dengan bentuk bangunan bersayap dengan keluasan 920,000 meter persegi (92 hektar). Lapangan kapal terbang yang ketiga di China ini akan mengendalikan 43 juta orang penumpang dalam masa setahun.

Gambar: Mad Architect
Gambar: Mad Architect

Lapangan kapal terbang ini merupakan salah satu langkah mengalakkan peningkatan di dalam bidang penerbangan di China. Lapangan ini juga dibina khas supaya memudahkan pengguna untuk mendapatkan pesawat mereka. Oleh itu, mereka tidak perlu berjalan jauh untuk menaiki pesawat.

Terminal yang diilhamkan oleh salji yang menakjubkan di Harbin pada musim sejuk dijadualkan siap menjelang tahun 2030.

Terminal ini juga dijangka mempunyai 89 pesawat yang akan memenuhi bangunan yang berbentuk ‘snowflakes’. Sekurang-kurangnya, melalui reka bentuk ini, pengguna tidak perlu menghabiskan masa yang panjang untuk berjalan menuju ke pesawat mereka.

Gambar: Mad Architect
Gambar: Mad Architect

Disebalik terminal yang indah ini, reka bentuknya telah diilhamkan oleh syarikat Mad Architect yang berpusat di Beijing dan diketuai oleh Ma Yansong. Lapangan kapal terbang ini juga dijangka akan mengendalikan 80 juta penumpang setiap tahun menjelang 2035 dan 100 juta orang penumpang setahun menjelang 2050.

Melalui statistik tersebut, China bercita-cita untuk menjadi pusat kuasa penerbangan di peringkat global berikutan di bandar Beijing juga akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa baru, Beijing Daxing International.

Sumber: Daily Mail

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa