Siakap Keli

Kutipan Minggu Pertama Cecah RM239 Juta Di Amerika Syarikat, John Wick 3 Rampas Takhta ‘Pecah Panggung’ Avengers : End Game

Keanu Reeve sekali lagi berjaya membuktikan dia boleh mengatasi sesiapa sahaja, termasuklah sekumpulan adiwira paling hebat bergelar Avengers.

Filem penuh aksi John Wick : Chapter 3 – Parabellum berjaya mengalahkan filem adiwira Avengers : Endgame dalam carta pecah panggung di Amerika Syarikat dengan kutipan sebanyak USD57 juta (RM239 juta) berbanding Avengers: Endgame dengan kutipan sebanyak USD29.4 juta (RM123 juta) pada minggu pertama tayangan.

Filem itu yang mula ditayangkan pada 19 Mei lalu sememangnya mendapat sambutan ramai dan ditunggu-tunggu oleh peminat. Bayangkan, John Wick 3 pun masih belum habis lagi ditayangkan di seluruh dunia, John Wick 4 sudah disahkan jadual tayangannya pada 21 Mei 2021 nanti.

Filem John Wick : Chapter 3 – Parabellum mengisarkan mengenai seorang pembunuh upahan lagenda John Wick yang kini dalam pelarian atas dua sebab : kontrak bernilai USD14 juta untuk nyawanya telah menyebabkan dia kini menjadi sasaran pembunuh upahan hebat di seluruh dunia, dan juga kerana dia telah melanggar peraturan dengan membunuh ahli High Table dalam kawasan Continental Hotel.

Dia telah diberi masa sejam oleh pengurus Continental, Winston, untuk melarikan diri sebelum keahliannya dibatalkan dan dia dilarang daripada segala perkhidmatan. Ini adalah satu-satunya peluang untuknya melawan dan keluar dari New York.

Jom kita tengok trailer John Wick : Chapter 3 – Parabellum yang penuh mendebarkan ini.

Sumber : Elite Readers

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.