Siakap Keli

Lagi Bazar Raya Korang Patut Serbu, Lebih Selesa, Banyak Pilihan Sampai Ada Port ‘OOTD’ Best

Memasuki hari ke-19 berpuasa, mesti ramai yang sedang melakukan persiapan raya. Jika setiap tahun korang bersesak di tempat yang panas untuk shopping di bazar, apa kata kali ini buat kelainan sedikit. Jom ikuti perkongsian kami di bawah untuk korang tahu bazar raya mana yang best patut korang serbu kali ini!

Berkonsepkan suasana ala kampung dengan dekorasi lampu-lampu neon beserta hiasan yang berwarna-warni, menjejakkan kaki ke bazar raya di Pusat Membeli-Belah Central i-City membuatkan mata tak berkelip memandang.

Sesuai dengan tema ‘Colours of Togetherness’, warna-warni yang harmoni ini dipilih bagi menimbulkan perasaan teruja dan gembira untuk menyambut hari raya bersama yang tersayang. Ditambah dengan hiasan rumah tradisional yang mengekalkan sisi nostalgia raya, terus menaikkan semangat hari lebaran dalam hati para pengunjung.

Apa yang best kat sini?

Bazar raya oleh Central i-City yang berlangsung selama sebulan dari 9 Mei hingga 9 Jun ini terdiri daripada pelbagai lambakan kedai menjual kelengkapan raya antaranya pakaian raya dari kanak-kanak hingga ke dewasa.

Semua baju yang dijual sangat ‘trendy’ dengan design terkini tau. Comfirm memenuhi cita rasa hingga kami sendiri rambang mata tengok baju cantik sampai tak tahu nak pilih mana satu!

Pengunjung berpusu-pusu datang
Nak pilih yang mana ni?
Yang ni pun cantik juga!
Anak tudung mestilah matching dengan warna baju
Pilih je nak tudung warna apa
Warna merah pun cantik
Boleh lah sedondon dengan anak di pagi raya

Juadah Raya

Selain itu, ada juga kedai yang menjual hidangan dan kuih raya. Bagi korang yang tak sabar tunggu hari raya tu, ha boleh lah beli semua juadah raya dari ketupat, lemang, dodol hingga pelbagai aneka rendang mengikut selera anda. Kuih raya banyak pilihan, paling murah hanya RM12 je sebalang. Jimat!

Port ‘OOTD’ Terbaik

Tak cukup dengan jualan, apa yang menariknya di sini terdapat port ‘OOTD’ terbaik bagi korang yang suka bergambar. Bila lagi nak belanja kawan-kawan dengan gambar-gambar cantik di News Feed IG betul tak?

Sebelum tu, tengok dulu gambar-gambar pengunjung yang sempat kami ambil ini. One, two, three pose. Senyum mereka sampai ke telinga bila dapat ambil gambar bersama yang tersayang!

Buat ‘BOOMERANG’ Je Boleh Dapat Hadiah Lumayan

Siapa sini suka bergambar? Ha, inilah masanya untuk korang membawa pulang telefon ViVo V15 dan ViVo V11 serta pelbagai lagi hadiah menarik dengan hanya merakamkan ‘boomerang’.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu mengikut langkah seperti di bawah :

1. Rakam video ‘boomerang’ yang kreatif di sekelling kawasan deco raya (Central Concourse & Central Annexe)

2. Cipta kapsyen yang menarik ”Central i-City membawa ‘colours of togetherness dengan….”

4. Post di Facebook atau Instagram anda dengan hashtag #CiCRayaBoomerang

Pemenang ‘Raya Boomerang Contest’ akan dipilih berdasarkan ‘boomerang’ yang paling menarik. Cubalah, mana tahu korang bertuah!

Belanja Dan Tebus

Mana cukup kalau setakat berbelanja raya di Central i-City Shah Alam tapi tak dapat hadiah apa-apa kan?

Jadi bagi menghargai semua pengunjung yang membeli-belah di sini, Central i-City Shah Alam berbesar hati nak bagi korang hadiah raya jika berbelanja RM150 ke atas minimum dalam dua resit. Jika korang pelanggan Digi, belanja serendah RM100 ke atas pun sudah boleh menikmati hadiah percuma ini tau. Memang best!

Jumpa Selebriti Kegemaran Anda Dan Tengok Pelbagai Persembahan Menarik

Peluang macam ni tak selalu ada tau. Korang berpeluang untuk untuk meet and greet dengan pelbagai artis tanah air seperti Zara Zya, Elly Mazlein, Ebby Yus serta ramai lagi pada traikh-tarikh tertentu.

Ada juga pelbagai persembahan tradisional untuk menghiburkan pengunjung seperti pertunjukan Nyonya Kebaya, Angklung Solo, Caklempong, Tarian Zapin, Dikir Barat, Chazal dan Wayang Kulit.

Bagi yang berminat dengan lukisan pula, Bazar Raya di Central i-City turut menyediakan pelbagai ‘workshops’ percuma seperti lukisan menarik di gelas, beg dan sebagainya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semua aktiviti yang dijalankan, korang follow je Facebook Central i-City dan Instagram centralicity okay? Lepas ni boleh la set date pergi!

Jumpa di sana!

Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan shopping keperluan raya korang di  Central i-City Shah Alam. Banyak promosi dan contest menarik untuk anda sertai. Bazar Raya di sini takkan meriah tanpa kehadiran korang semua. 

Kalau nak tahu perkembangan terkini dan sebarang promosi, jangan lupa like dan follow di Facebook Central i-City dan Instagram centralicity. Apa tunggu lagi, jom jom shopping raya di Central i-City Shah Alam. Mereka menanti kehadiran kita dengan tangan terbuka!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.