Siakap Keli

Semua Ditulis Huruf Besar, Ada Lukisan Bot Berlayar, Ganjaran RM9,000 Sesiapa Boleh Terjemah Maksud Disebaliknya

Sebuah bandar di Perancis menawarkan 2,000 euro (RM9,000) kepada sesiapa sahaja yang boleh menterjemah batu besar yang dikatakan misteri kepada penduduk setempat.

Batu besar itu dijumpai sebaik saja air laut surut. Ia dipercayai dilihat kali pertama pada empat tahun lalu di pinggir Plougastel-Daoulas, Britanny, namun ketika itu penduduk masih samar-samar dengan maksud disebaliknya.

Sebahagian besar teks ditulis dalam huruf besar dengan dua tarik yang tertera; 1786 dan 1787 serta gambar sebuah bot sedang berlayar.

‘ROC AR B … DRE AR GRIO SE EVELOH AR VIRIONES BAOAVEL.’

Datuk Bandar memberitahu, perkataan itu adalah dari bahasa Basque, namun belum dapat dipastikan lagi kesahihannya.

Jadi, pihak bandar berkenaan membuka peluang kepada ahli bahasa, ahli akademik dan sesiapa sahaja yang boleh merungkai maksud disebalik bahasa itu dengan bayaran bernilai 2,000 Euro.

Wang itu akan diberikan kepada mereka yang memberikan jawapan, paling masuk akal.

Sumber: Mirror

Nur Farra