Siakap Keli

Bekas Penyanyi Kumpulan K-Pop Popular Korea Dirawat Di Hospital Setelah Dipercayai Cuba Bunuh Diri

Bekas penyanyi kumpulan K-pop popular dari Korea Selatan, Kara, Goo Hara dirawat di hospital setelah didakwa cubaan bunuh diri, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Yanhap News.

Penyanyi itu dijumpai tidak sedarkan diri di rumahnya dikawasan kejiranan Cheongdam pada 26 Mei, oleh pengurusnya, yang datang ke kediaman penyanyi itu setelah panggilan telefon tidak dijawab. Beliau dijumpai dengan keadaan bilik yang dipenuhi asap.

Dia yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan peminatnya apabila telah memuat naik ‘Annyeong’ yang bermaksud ‘hello’ atau ‘selamat tinggal’ di laman instagram peribadinya.

Setelah dibawa ke rumah sakit, keadaan penyayi itu kini dalam keadaan stabil meskipun masih tidak sedarkan diri.

Goo Hara yang terlibat dalam beberapa kes bersama dengan bekas teman lelakinya, Choi Jong Bum, yang beliau tuduh telah menyerangnya dan mengancam akan menyebarkan video seks mereka. Beliau juga dituduh menyerang bekas teman lelakinya.

Kontrak penyanyi yang berusia 28 tahun itu bersama dengan agensinya telah tamat awal tahun ini tetapi masih belum diperbaharui. Pada Disember lalu, beliau telah mengadakan perjumpaan bersama dengan para peminatnya di Jepun.

Sumber: Channel News Asia

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia