Siakap Keli

TNB Maklum Rungutan Bil Tinggi, Minta Pelanggan Terkesan Ke Kedai Tenaga

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini berkata pihaknya mengambil maklum terhadap rungutan dan aduan pelanggan berhubung bil elektrik yang tinggi.

TNB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pihaknya juga telah menerima dan melayani aduan mengenai perkara itu yang dikemukakan terus di Kedai Tenaga.

“Bagaimanapun, tiada penjelasan umum dapat diberikan kepada rungutan tersebut kerana setiap kes perlu diteliti terlebih dahulu dan ia berbeza antara satu sama lain.

“Oleh itu, TNB memohon kerjasama pengguna yang terlibat untuk berurusan terus dengan Kedai Tenaga yang berdekatan kerana data pengguna hanya boleh diakses di Kedai Tenaga,” demikian menurut kenyataan itu.

Pengguna juga dinasihatkan untuk membawa bil masing-masing bagi memudahkan urusan semakan.

“TNB memberi jaminan bahawa jika berlaku terlebih caj, jumlah lebihan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil pengguna pada bulan berikutnya,” jelasnya.- BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di