Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video) Elak Tinggalkan Botol Air Dalam Kereta, Pegawai Bomba Ini Jelaskan Bahaya Yang Menanti

Seperti yang kita tahu, air merupakan eleman penting yang diperlukan oleh tubuh manusia. Semua manusia digalakkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Malah air kosong bukan sahaja dapat memenuhi keperluan cecair tubuh, ia juga mempunyai pelbagai manfaat terutamanya untuk kesihatan dan kecantikan.

Disebabkan itulah, kebanyakkan orang akan membawa bekalan air ini walau di mana mereka berada. Terutamanya bagi yang memandu, selalunya air mineral atau minuman kosong ini pasti ada di samping anda. Hal ini oleh kerana air adalah sumber oksigen dan ia tentunya akan meningkatkan keupayaan kognitif dan membantu anda untuk lebih fokus.

Namun, kadang-kadang kita akan membiarkan sahaja botol yang air itu di dalam kereta tanpa memikirkan konsekuensi dari tindakan tersebut. Benar, siapa sangka botol air kosong yang tersimpan dalam kereta anda itu mampu menyebabkan kebakaran kan? Heboh diperkatakan sehari dua ini mengenai perkara berkenaan, berikut adalah penjelasannya:

Botol air yang disimpan di dalam kenderaan ketika musim panas boleh menyebabkan kebakaran.

Seorang pegawai bomba menasihatkan orang ramai tentang kebahayaan meninggalkan botol air di dalam kenderaan semasa musim panas.

David Richardson dari Jabatan Kebakaran Midwest di Amerika Syarikat memberitahu bagaimana botol air boleh menghasilkan haba dari sinar terik matahari.

Menurut David, “Sinaran matahari akan menembusi botol yang dipenuhi cecair, dan bertindak sama seperti kaca pembesar seperti yang anda lakukan pada kanta optik biasa. Pada waktu inilah ia menjadi berbahaya.”

“Ia menggunakan cecair dan bahan lutsinar untuk menjadi pelancar fokus dan sudah cukup menghasilkan percikan api yang boleh menyebabkan pembakaran,” tambah David.

Gambar Hiasan

Jabatan Kebakaran Midwest City menjalankan ujian mengenainya dan mendapati bahawa cahaya matahari mampu diperbesarkan melalui sebotol air yang mencapai suhu 250°F.

Haba panas yang dihasilkan kemudiannya boleh memberi tumpuan kepada bahan dalaman kereta termasuk kain, tempat duduk atau hamparan yang berpotensi menjadi bahan-bahan yang mudah terbakar.

Seorang juruteknik bateri bagi sebuah stesen janakuasa bernama Dioni Amuchastegui, menerangkan bagaimana dia mula mengetahui bahawa botol air plastik yang diletak secara tidak sengaja dapat mencipta satu keadaan berbahaya.

Dioni berkata dia sedang makan tengah hari ketika mula “melihat asap di sebelah sudut mata.” Dioni menoleh dan menyedari bahawa cahaya matahari yang panas telah dibiaskan melalui botol air dan “telah mula menyalakan api kecil yang menyebabkan tempat duduk kereta terbakar.”

Gambar Hiasan

Dalam video tersebut, Dioni menunjukkan lakonan semula kedudukan botol air itu di tempat duduk kereta dengan arah cahaya matahari yang datang, dan api boleh dilihat muncul dan asap mula berkepul dari tempat duduk yang diperbuat daripada kulit.

Ketika Dioni mengangkat botol air ini dari tempat duduk, dua kesan terbakar dapat dilihat. Cahaya matahari dan haba yang panas sudah cukup kuat untuk membakar dan membentuk dua lubang.

“Saya berasa agak terkejut sehingga terpaksa melihat dan memeriksa keadaan sekali lagi untuk memastikan suhu pada masa itu memang cukup panas. Saya juga menadah tangan di bawah sinaran terik cahaya matahari, dan agak sukar untuk mempercayai pada mulanya,” kata Dioni.

Berikutan insiden ini, pihak bomba mengesyorkan orang ramai supaya tidak menyimpan botol air di dalam kenderaan dan membiarkan ia terdedah kepada cahaya matahari apabila tiada siapa mahu menggunakannya.

Sumber : Friends of Bomba 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.