Siakap Keli
Gambar: Ustaz Alhar Idrus Official

(Video) Hukum ‘Berselfie’ Di Tanah Perkuburan, Ini Penjelasan UAI

Umum mengetahui, menziarahi kubur pada hari raya hanyalah adat budaya atau warisan tradisi semata-mata. Dalam islam, kita tidak disuruh menziarahi kubur pada hari raya, sebaliknya kita dituntut untuk menziarahi saudara mara serta sahabat handai yang masih hidup.

Namun begitu, masih ramai umat Islam di Malaysia yang menganggapnya sebagai sunat dan menyandarkan amalan tersebut kepada Nabi Muhammad S.A.W. Malah masih terdapat umat Islam di Malaysia yang memandang serong terhadap individu yang tidak menziarahi kubur pada hari raya.

Lebih pada itu, perbuatan berswafoto atau lebih mudah dengan perkataan ‘selfie’ menjadi satu ‘trend’  di tanah perkuburan. Mungkin ramai di antara kita nampak biasa tetapi ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus di sebuah video dimuatnaikan di Youtube.

Hukum selfie tanah perkuburan tidaklah haram secara mutlak. Ia bergantung kepada beberapa keadaan termasuklah niat dan tujuan, Ia diharuskan selagi mana adab dan tata susila dijaga dan dipelihara.

Jangan fokuskan kepada hukum selfie dan bergambar sahaja, tapi lebih penting untuk fokuskan kepada hukum menziarahi kubur pada hari raya.

Jadi, amalan menziarahi kubur pada hari raya bukanlah amalan sunat, malah ia mungkin menjadi haram apabila terlalu ramai lelaki dan perempuan yang bukan mahram bercampur gaul di tanah perkuburan.

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang