Siakap Keli

Wanita Warga Emas Melecur Dalam Letupan Tong Gas

Seorang wanita warga emas melecur di beberapa bahagian badannya akibat letupan gas yang berlaku di kediamannya di Flat Seri Pauh, Permatang Pauh di sini awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata dalam kejadian kira-kira 5.20 pagi itu, wanita berusia 78 tahun tersebut telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil.

“Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat kebocoran gas sebelum berlaku letupan dalam rumah itu dan wanita itu tinggal bersendirian di rumah berkenaan,” katanya di sini.

Beliau berkata kejadian itu turut menyebabkan beberapa barangan dalam rumah mangsa terbakar dan rosak namun tidak berlaku kebakaran pada kediaman mangsa.

“Antara yang rosak ialah cermin tingkap pada bahagian dapur, kabinet dapur dan beberapa pintu tertanggal,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.