Siakap Keli
Gambar Hiasan

Amaran Ribut Petir Sehingga 8 Malam, Kawasan Di Sembilan Buah Negeri Diramal Terima Kesan

Jabatn Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui satu tweet sebentar tadi mengeluarkan amaran ribu petir di beberapa buah kawasan di negeri-negeri utara serta Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Sabah sehingga jam 8 malam ini.

Antara kawasan-kawasan yang diramal terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Manakala di Selangor kawasan-kawasan yang dikeluarkan amarana adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Petaling.

Di kawasan Negeri Sembilan kawasan yang terlibat adalah Rembau dan Tampin. Bagi Johor, kawasan-kawasan yang diramal turut menerima kawasan adalah Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Seterusnya di Sabah, kawasan terjejas adalah Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabantangan).

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.