Siakap Keli

Anak Asyik Meragam Sebab Ruam Gatal, 2 Produk Ini Mampu Buat Anak Tidur Lebih Lena Malam Ini

Ekzema adalah radang kulit yang selalunya dihidapi oleh kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit serta bengkak, gatal dan ruam merah yang kelihatan seperti kesan melecur. Ekzema selalunya terdapat di bahagian muka, pergelangan tangan , pertengahan siku dan juga lutut. Bahagian kulit yang terlibat akan menjadi berkerak dan merah. Kanak-kanak sebelum usia 5 tahun antara yang kerap mendapat Ekzema ini.

Antara punca-punca Ekzema adalah keturunan, alahan kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan serta boleh juga terjadi kepada kulit yang kering, gatal dan sensitive kepada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar. Tanda-tanda anak anda terkena Ekzema adalah tompok-tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka dan kaki serta bengkak kecil yang berair.

Terdapat pelbagai produk yang dijual dipasaran yang mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melegakan ruam ekzema ini daripada terus merebak. Cetaphil antara jenama yang semakin dipercayai pengguna untuk melegakan ruam ekzema, kulit kering dan gatal-gatal anak-anak anda. Formula khusus ini didapati dalam produk Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Moisturizer dan PRO AD Derma Skin Restoring Wash.

Keistimewaan produk Cetaphil  PRO AD Derma Skin Restoring Moisturizer ini mampu melegakan kulit yang sangat kering serta kulit sensitif dan mengembalikan kelembapan kulit anak anda seawall usia 3 bulan. Cara penggunaannya mudah sahaja, anda hanya perlu gunakan dengan kerap mengikut keperluan kulit anak anda selepas mandi. Produk Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Moisturizer ini juga diluluskan oleh Pakar Dermatologi.

Selain Body Moisturizer sebagai pelembap kulit, Cetaphil juga turut mengeluarkan satu lagi produk Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Wash. Pencuci badan ini terbukti secara klinikal untuk meningkatkan kelembapan kulit  serta melegakan kulit kering dan kulit sensitif. Tambahan lagi, Cetaphil PRO AD Derma Skin Restoring Wash ini sesuai untuk kebersihan kulit anda sepanjang hari dan sangat sesuai untuk anak anda yang aktif dan kuat berpeluh.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya gunakan ketika anak anda mandi seperti pencuci badan yang lain. Keistimewaan pencuci badan ini tidak mempunyai sabun dan wangian jadi tidak akan menjejaskan kulit anak anda

Dua produk ini telah terbukti keberkesanannya. Memilih penjagaan kulit yang tepat sangat penting untuk anak-anak anda untuk mengelakkan kegatalan pada kulit mereka berulang dan tidur anda dan anak anda juga akan lebih tenang setiap malam. Kedua-dua produk Cetaphil ini boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh Malaysia.

 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.