Siakap Keli
Gambar Hiasan

Rakam Dan Lapor Guna Whatsapp Pengguna Jalan Raya Yang Ikut Lorong Kecemasan – JPJ

Bahang kemeriahan hari raya Aidilfitri mula dirasai dengan dendangan lagu raya yang menggegar corong radio. Keterujaan juga dapat dilihat dengan lautan manusia yang memenuhi ruangan bazar, kedai, pasaraya mahupun kompleks membeli belah untuk mencari barang keperluan raya.

Tetapi yang menambahkan keterujaan adalah apabila kita menempuhi pengalaman pulang ke kampung untuk beraya. Saban tahun kita dihidangkan dengan berita kesesakan lalu lintas. Namun tahun ini, kesesakan tersebut dijangka akan berlaku lebih awal kerana tempoh Aidilfitri yang disambut dalam musim cuti sekolah.

Menurut pihak berkuasa, kira-kira 450,000 buah kenderaan yang akan berada di atas jalan raya di semua negeri sepanjang perayaan ini. Dan apabila perkara ini terjadi, selalunya ada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab menggunakan lorong kecemasan.

Oleh itu, Menteri Pengangkutan Antony Loke Siew Fook menyatakan dalam ucapannya ketika merasmikan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri  mengatakan bahawa tindakan boleh diambil kepada mereka yang menggunakan lorong kecemasan tersebut.

Gambar : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Talian Hotline Aplikasi Whatsapp Aduan Kesalahan Lalu Lintas

Para pengguna jalan raya yang ternampak sebarang aktiviti kesalahan lalu lintas boleh mengambil atau merakam gambar dan Whatsapp aduan tersebut kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Gambar : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Jangan lupa untuk nyatakan butiran kesalahan seperti tarikh, masa, tempat, jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan tersebut. Kemudian anda boleh menghantar aduan tersebut terus ke JPJ menerusi talian hotline aplikasi Whatsapp 0134498997.

Gambar : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.