Siakap Keli

Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Dari ‘Penyambung Wayar’, Lelaki Ini Ditemui Mati Dalam Rumah

Seorang pemuda yang berusia 22 tahun ditemui mati terkena renjatan elektrik di rumahnya di daerah Manao, Thailand. Mangsa, Theerawat ditemui terbaring bersama penyambung wayar yang masih utuh di tangannya.

Mayat mangsa ditemui oleh jiran tetangga yang merupakan bapa saudaranya pada waktu malam kejadian kerana hairan mangsa tidak menolong ibunya di pasar. Ibunya seorang penjual sayur di pasar sekitar kawasan tersebut.

Menurut Udon, bapa saudaranya, sejurus dia curiga dengan keadaan itu, dia terus membuka pintu rumah tersebut secara paksa kerana pintu tersebut dalam keadaan yang berkunci sebelum mendapati Theerawat terbaring di lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam keadaan badan sudah keras.

Selepas dihantar ke hospital, doktor mengesahkan mayat sudah meninggal dunia sejak 3 ke 5 jam lalu. Punca kematian adalah mangsa tertidur sambil mengecas telefon dan ada kebocoran arus elektrik yang menyebabkan jari-jari mangsa terburai terkena renjatan tersebut.

Walaubagaimanpun, mangsa masih di hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mengetahui punca sebenar kematian.

“Mangsa adalah anak yang baik, selalu menolong ibu dan ayahnya berniaga sejak dari usia kanak-kanak. Pemergiaanya tidak dijangka begitu awal pada usia yang muda akibat kecuaian yang berlaku.” ujar ibu mangsa.

Sumber: Social Tvpo Online

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang