Siakap Keli

Mahkamah Tolak Rayuan Dua Lelaki Malaysia Didapati Bersalah Seludup Dadah Ke Singapura

Mahkamah Rayuan Singapura pada Isnin, 27 Mei telah menolak dua rayuan yang dibuat oleh seorang rakyat Malaysia atas kesalahan menyeludup dadah ke Singapura.

Nagaenthran K. D harmalingam, 31 tahun, disabitkan dan dihukum mati pada November 2010 kerana telah mengimport heroin seberat 42.72g setahun sebelum itu.

Dia telah ditangkap pada April 2009 ketika dalam perjalanan memasuki Singapura dari Malaysia menerusi laluan di Woodlands Checkpoint dengan sekumpulan diamorphine, atau heroin yang diikat di pahanya.

Dia kemudianya  telah dimasukkan ke pejabat Biro Pusat Narkotik (CNB) dan mendakwa dia tahu bungkusan yang diikat di pahanya itu adalah dadah dan menjelaskan seorang kawanya yang bernama ‘King’ telah mengikat bungkusan itu  sehingga tidak ada sesiapa yang menemukanya.

Rayuan pertama yang dilakukan oleh Nagaenthran pada tahun 2012 apabila ia digubal semula berdasarkan pindaan Akta Penyalahgunaan Dadah dan ia telah diluluskan.

Pindaan itu membolehkan mahkamah menghukum pesalah dadah untuk menjalani penjara seumur hidup dan bukanya gantung dengan syarat pendakwaraya mengeluarkan pesalah dengan bantuan substantif- untuk membantu CNB mengganggu aktiviti pengedaran dadah.

Selain itu, mahkamah juga perlu membuktikan pesalah mengalami masalah melibatkan kelainan mental untuk membolehkan pesalah menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Rayuan kedua Nagaenthran adalah untuk semakan kehakiman dan dibawa ke keputusan pendakwa wam untuk tidak memberikan sijil bantuan substantif. 

Ketua Hakim Sundaresh Menon, Andrew Phang, Judith Prakash, Chao Hick Tin dan Belinda Ang pada hari Isnin mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi untuk menolak kedua-dua rayuan Nagaenthran.

Nagaenthran kemudian mempertahankan dirinya dengan mendakwa dia dipaksa oleh ‘King’ untuk membawa masuk bungkusan dadah itu ke Singapura yang telah menyerang dan mengancam untuk membunuh dia dan teman wanitanya. Namun, Mahkamah Tinggi menolak kedua-dua alasan tersebut dan masih mengekalkan hukuman.

Pada tahun 2013, Nagaenthran telah dirujuk ke Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk penilaian psikiatri forensik, untuk menilai sama ada dia mengalami kelainan fikiran di bawah pindaan 2012 namun laporan IMH mendapati bahawa Nagaenthran tidak mempunyai penyakit mental pada masa kesalahan itu berlaku dan tidak mengalami masalah mental pada masa kini. 

Sumber: CNA

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia