Siakap Keli

Putuskan Hubungan Dengan Huawei, Google Dijangka Rugi Lebih RM 1 Bilion Setiap Tahun

Akibat tindakan Trump menyekat hubungan perdagangan dengan Huawei baru-baru ini, Google dijangka bakal mengalami kerugian mencecah USD$425 juta setahun, kata Mark Kelley, wakil firma penyelidikan ekuiti, Nomura Instinet pada Jumaat lepas.

Menjadi salah satu syarikat milik Amerika Syarikat, Google tidak dapat menentang keputusan Trump yang menyenaraihitam Huawei daripada hubungan perdagangan negara berkenaan.

Google CEO Sundar Pichai. (Gambar: Medium.com)

Mengikut anggaran Instinet, Huawei mempunyai 500 juta pengguna telefon pintar di seluruh dunia di mana separuh daripadanya merupakan pengguna dari China, lokasi di mana Google Play hanya menguasai 0.06% bahagian pasaran negara berkenaan.(1)

(Gambar: App In China)

Pasaran lain yang dijangka bakal terjejas teruk ialah Asia (tidak termasuk China) dan Eropah.

Pada 2018, Google berjaya meraih kira-kira RM 29 bilion hasil jualan di Play Store yang mana RM 1.6 bilion daripadanya hasil belian daripada pengguna Huawei.

Walaubagaimanapun, laporan tersebut menyatakan kesan kerugian ini dijangka tidak mengambil masa yang lama kerana ramai pengguna akan menukarkan peranti Huawei kepada peranti jenama lain walaupun syarikat tersebut telah mengumumkan bakal mengimplementasikan sistem operasi mereka sendiri.

Peranti keluaran Huawei selepas ini akan dioperasikan oleh sistem baru setelah akses kepada Google Android disekat, membuatkan pengguna sebelum ini tidak dapat mengemaskini patch keselamatan daripada Google.

Ketika aplikasi popular milik Amerika seperti Facebook dan Netflix disekat di China, hanya Google yang mempunyai akses melalui perlesenan sistem operasi Android kepada syarikat Huawei.

Sumber: Stocknews.com, App In China, Tip Ranks

Amira

Love yourself.