Terkenal dengan penjualan tudung bawal hingga mencecah ribuan ringgit, Bawal Exclusive sekali lagi membawa kejutan kepada orang ramai apabila menjual koleksi terbarunya pada harga RM 50,000 sehelai.
Tudung bertatahkan batu Swarovski berbagai warna itu dihasilkan daripada kain Voile diimport dari Jepun dengan susunan batu kristal Swarovski membentuk tema bunga-bungaan.
Alhamdulillah..selepas Allah turunkan hujan. Allah hadirkan pelangi, hari ini cipta sejarah jenama Bawal Exclusive…
Posted by Bawal Exclusive on Monday, 27 May 2019
Mengikut laporan beberapa media tempatan, tudung berkenaan yang diserahkan kepada pemilik Butik Byqiss itu dilaporkan sebagai tudung paling mahal di dunia yang pernah dihasilkan.
Berita gembira mengenai kejayaan menjual tudung berkenaan itu telah dikongsikan oleh Bawal Exclusive melalui laman facebook rasmi mereka.




Sumber: Bawal Exclusive