Siakap Keli

“Aku Bunuh Kau,” Lelaki Menjerit Sebelum Tikam Tiga Pelajar Perempuan Di Hentian Bas

Sekurang-kurangnya tiga orang mati dan 16 mangsa lain yang kebanyakannya pelajar sekolah perempuan cedera selepas seorang lelaki menjerit, “Saya akan membunuh anda” sebelum dikatakan menikam beberapa pelajar perempuan di sebuah perhentian bas di Jepun.

Getty

Lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an atau 50-an itu dikatakan membawa pisau di tangannya dan mula menikam pelajar sedang menunggu bas yang sedang berbaris di perhentian berhampiran Noborito Park di kota Kawasaki.

Menurut laporan pihak berkuasa tempatan, dia kemudiannya telah membunuh dua orang pelajar perempuan sebelum mengambil pisau tersebut dan membunuh dirinya sendiri. Kebanyakan mangsa adalah pelajar sekolah, kata seorang pegawai di pejabat bandar Kawasaki memberitahu Associated Press.

AP

Beliau berkata tiga daripada kecederaan itu serius dan 13 yang lain tidak mengancam nyawa. Televisyen nasional NHK, menurut pihak polis, suspek dikatakan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengelar lehernya sendiri.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum dapat mengesahkan laporan spesifik kes tersebut. Kebanyakan mangsa merupakan pelajar yang bersekolah di Institusi Soeurs de la Charite de Quebec, yang merupakan sebuah sekolah yang diasaskan oleh biarawati Katolik di Quebec City Kanada.

AP

Salah seorang saksi memberitahu bahawa dia terdengar suara kanak-kanak menjerit ketakutan semasa melintasi sebuah bas dan apabila di berpaling ke belakang dia melihat seorang lelaki sedang memegang sebilah pisau di tangannya sebelum menjerit “Aku bunuh kau” ketika beberapa orang pelajar jatuh ke tanah.

Menurut pihak polis lagi, seorang lagi saksi di tempat kejadian, iaitu pemandu bas tersebut memberitahu lelaki tersebut memegang pisau di sebelah tangannya dan meluru ke arah bas sebelum menikam kanak-kanak tidak bersalah itu. Identiti dan motif serangan dibuat masih tidak diketahui.

Sumber:Metro.uk

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"