Siakap Keli
Gambar Hiasan

Baru 4 Hari Tayangan, Mamat Khalid Luah Rasa Kesal Telefilem 17 Puasa Sudah Tersebar Di Sosial Media

‘Yak Yak Yeeyyy! Yak Yak Yeeyy!” 

Pasti ramai yang tahu petikan dialog di atas kan? Terbayang-bayang wajah Bell Ngasri yang membawa bungkusan makanan sambil menari-nari menuju ke arah sahabat-sahabatnya.

Tak lekang senyuman dan gelak ketawa dari bibir saat menonton telefilem ini tatkala menyaksikan teletah pelakon veteran seperti Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Allahyarham Rab Khalid. Setiap dialog dan gelagat mereka terlihat begitu bersahaja seolah-olah ‘hidup’ tanpa bantuan skrip.

16 Puasa merupakan kesinambungan dari telefilem 15 Puasa lakonan Adlin Aman Ramlie ini mengisahkan tentang sekumpulan sahabat yang ‘selalu lari’ dari melaksanakan ibadah puasa. Mesej mahupun pengajaran tersirat dapat disampaikan dengan olahan yang begitu baik sambil diselitkan dengan lawak jenaka serta sindiran yang sinis.

Gambar : Youtube

Oleh kerana sambutan yang amat mengalakkan, sekuel 17 Puasa pula telah ditayangkan di kaca televisyen pada 25 Mei lalu. Ia seolah-olah menamatkan penantian peminat yang dahagakan karya humor dari Mamat Khalid.

Namun dua hari ini dapat dilihat Mamat Khalid sering memuat naik hantaran yang mengekpresikan perasaan kecewanya. Hantaran terbaru dari beliau menjelaskan tentang usahanya yang telah dimanfaatkan oleh sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.

Ni baru abg perasan perasaan dan rupa yg letih menghasilkan sebuah karya. Dan dari respon mereka yang memuatnaik atau turun supertele 17 puasa dari pelbagai pautan itu, dengan bangga dan gembiranya mereka memberi hujah yang mereka tidak bersalah dan harus digalakkan lagi kerana ianya hanya sebiji karya kecil dan tak perlu kecoh.

Pada mereka abg ucapkan terimakasih kerana memahamkan abg dgn sifat semulajadi manusia ifrit terbitan enviroment acuan oleh ibu bapa mereka sendiri. and but yes abg move on.

Gambar : Mamat Khalid

Sebelum ini pengarah dan penulis lakon layar itu pernah menulis hantaran di laman Facebooknya mengenai isu ‘cetak rompak’ karyanya. Ini kerana beliau mendapati ada pengguna media sosial yang memuat naik pautan terus telefilem berkenaan. Lantaran itu, Mamat khalid berasa kecewa kerana usaha beliau serta rakan-rakannya tidak dihargai.

Ini disebabkan oleh ketidakpekaan masyarakat yang sewenang-wenangnya yang memuat naik atau memuat turun telefilem terbabit secara percuma. Malah ada sesetengah pihak yang meremehkan usaha dan tenaga beliau serta produksi dengan menganggap enteng perkara ini tanpa memikirkan implikasinya.

Manakan tidak, modal pembikinan telemovie terbabit dikumpul bersama-sama keluarga dan sahabat beliau. Malah semangat beliau untuk menjayakan filem berkenaan berkobar-kobar walaupun baru sahaja keluar dari hospital. Tetapi dengan keizinan Allah SWT dan sokongan dari warga produksi, akhirnya 17 Puasa dapat ditayangkan dengan jayanya.

Sumber : Mamat Khalid 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.