Siakap Keli
Gambar Hiasan

Didakwa Tawar Khidmat Urut Dan Seks Kepada Lelaki Tua Sebelum Curi Duit Mangsa

Polis mengesyaki kumpulan pencuri wanita yang bergiat aktif di Hong Kong dengan menggunakan cara memikat mangsa dengan janji seks atau urut. Sasaran untuk golongan ini hanyalah lelaki tua yang kaya.

Ini adalah laporan yang ketiga setelah dua lagi mangsa adalah seorang lelaki tua. Pihak penyiasat bandar itu mula beroperasi mencari penjenayah tersebut.

Dua laporan yang berlaku di Sha Tin dan Kwun Tong dalam tempoh 4 jam sahaja di mana dua orang lelaki tua Hong Kong kehilangan barang berharga yang bernilai HK 93,000 (RM 49,673).

Seorang mangsa yang berusia 74 tahun bertemu seorang wanita yang fasih berbahasa mandarin di Tai Wai Road, sebelum di bawa ke sebuah flat berhampiran kawasan tersebut untuk melakukan urutan yang ditawarkan. Namun, wanita terbabit telah mencuri jam Rolex miliknya yang bernilai hampir RM 40, ooo dan melarikan diri ketika mangsa ke tandas.

Menurut mangsa, wanita tersebut berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun itu memakai seluar hitam dan kelabu hitam pada masa kejadian.

Empat jam kemudian, polis dipanggil ke Flat Mut Wah Street di Kwun Tong selepas seorang lelaki berusia 57 tahun kehilangan kalung emas bernilai RM 10,000 dalam keadaan yang sama. Mengikut polis, wanita itu dikatakan berusia antara 30 dan 40 tahun dan juga bercakap Mandarin.

Menurut polis Hong Kong, mereka menerima kes yang sama berlaku hampir 6,579 kes kecurian oleh kumpulan ini di sekitar kawasan Hong Kong.

Sumber: South China Morning Post

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang