Siakap Keli

Diusir Universiti Gara-Gara Enggan Tanggal Tudung, Gadis Islam Uzbek Pejuang Hak Berhijab

Setiap institusi mempunyai larangan dan peraturan tersendiri yang telah ditetapkan. Setiap pelajar yang berada dibawah sesuatu pentadbiran perlu mematuhi segala larangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Namun begitu, masih juga terdapat larangan atau peraturan yang melanggar etika dan kebebasan beragama.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar perempuan Uzbekistan apabila dia diusir dari Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan. Tindakan tersebut dikenakan padanya adalah kerana dia enggan menanggalkan tudung dan pakaian yang dilarang oleh institusi itu.

Luiza Muminjonova, 19, tekad untuk tidak menanggalkan tudungnya kerana menuruti perintah agamanya untuk menutup aurat. Menurutnya, larangan tersebut adalah berikutan realiti undang-undang yang telah menjadikan semua sekolah sebagai zon neutral agama. Kod pakaian sekular di semua institusi pendidikan di sana sebenarnya telah ditandatangani pada undang-undang pada 15 Ogos 2018 oleh Perdana Menteri Abdulla Aripov.

Terdapat tanda di pintu masuk, ia mengatakan bahawa wanita hanya boleh memakai jubah gelap dan jaket putih. Rok perlu dipakai di bawah lutut. Saya diberitahu untuk memakai pakaian seragam ini dan melepaskan jilbab.

Muminjonova telah diusir bersama sembilan lagi orang pelajar lain pada September lalu berikutan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh institusi tersebut. Disebabkan tidak mematuhi peraturan tersebut, dia tidak dibenarkan untuk menghadiri kelas dan tinggal di dalam asrama.

Walau bagaimanapun, keluarga Muminjonova mengambil tindakan kepada institusi tersebut dengan menyaman Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan. Namun, mahkamah memutuskan berpihak kepada akademi itu dengan alasan bahawa tiada undang-undang yang dilanggar mengenai kod pemakaian.

Sumber: Morocco World News

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa