Siakap Keli

Malaysia Pulang Semula 3,000 Tan Sisa Plastik Ke Negara Asal

Malaysia akan menghantar pulang sebanyak 3,000 tan sisa buangan plastik ke negara asalnya, kata Menteri Alam Sekitar pada selasa, 28 Mei, sambil menambah bahawa mereka yang pengimport sampah secara haram adalah ‘pengkhianat’

YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, sebanyak 60 bekas sampah telah diimport secara haram akan dihantar semula ke tempat asalnya.

“Sampah-sampah ini dibawa masuk secara haram di bawah peristiharan palsu dan kesalahan lain yang secara jelas telah melanggar undang-undang alam sekitar kita”, katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan kontena di Perlabuhan Klang.

“Setiap kontena yang diimport ke negara ini, ia mempunyai tuan di negara ini dan jika mereka tidak mengaku, itu yang saya gambarkan sebagai pengkhianat”

YB Yeo berkata bahawa beliau tidak boleh mendedahkan berapa banyak syarikat tempatan yang terlibat kerana ia masih dalam siasatan. Bagaimanapun, mana-mana syarikat yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan.

Tahun lepas, Malaysia menjadi destinasi utama dunia untuk sisa plastik selepas China mengharamkan pengimportnya, dan ia mengganggu aliran lebih dari 7 juta tong sampah setahun.

Puluhan kilang kitar semula telah berkembang di Malaysia, banyak yang beroperasi tanpa lesen dan masyarakat setempat juga terkesan dan mengeluh dengan masalah alam sekitar.

Bulan lalu, YB Yeo berkata pihak berkuasa mendapati sisa palsu diistiharkan sebagai plastik 3920- yang tidak memerlukan permit import- sementara dalam kenyataanya mengandungi plastik 3915.

Di bawah Harmonised System untuk klasifikasi barang, kod 3920 merujuk kepada plat plastik, helaian, filem dan jalur foil, manakala 3915 merujuk kepada sisa plastik, pena dan sekerap. Permit yang diluluskan dan diperlukan untuk eksport ke Malaysia ialah plastik 3915

Oleh itu, pegawai Malaysia telah mengenalpasti, sekurang-kurangnya 14 negara asal, termasuklah Bangladesh, Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Kanada, Australia dan Britain.

Malaysia telah mengembalikan semula lima bekas bahan buangan plastik yang tercemar ke Sepanyol. Pada awal bulan ini, kira-kira 180 negara telah bersetuju untuk memindahkan Konvensyen Basel untuk menjadikan perdagangan global dalam sisa plastik lebih telus dan lebih baik dikawal.

Amerika Syarikat, pengeksport sisa plastik di dunia, masih belum mengesahkan pakatan 30 tahun itu.

Sumber: CNA 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia