Siakap Keli

Penyewa Paling Kotor, Rumah Disewakan Sembilan Tahun Ditinggalkan Dalam Keadaan Jijik

Kebersihan merupakan elemen terpenting di dalam kehidupan semua manusia. Perkara ini adalah kerana kebersihan mempengaruhi sikap dan sifat seseorang individu. Sekiranya rumah didapati berada dalam keadaan bersih, ia akan dapat mewujudkan suasana yang selesa kepada semua isi rumah.

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pemilik rumah yang menyewakan rumahnya kepada seseorang dalam tempoh sembilan tahun. Nathalie Ruangdet melalui posting di laman Facebooknya menceritakan kisah bekas penyewa rumahnya.

Rumah yang terletak di Bangkok itu telah disewakan kepada seseorang yang dianggap merupakan seorang yang baik. Namun, setelah sembilan tahun menyewa rumah itu, penyewa itu memberitahunya untuk berpindah. Menghairankan apabila penyewa itu tidak mahu mendapatkan kembali duit depositnya. Dia juga memberitahu bahawa dia sudah memberikan kunci rumah tersebut pada pengawal keselamatan.

Setelah beberapa hari, Ruangdet pergi melihat rumah yang telah disewakan selama tempoh sembilan tahun itu.

Alangkah terkejutnya apabila melihat rumah yang disewakan itu sangat kotor.  Bahagian yang paling kotor ialah di bahagian tandas seperti tidak pernah dibersihkan langsung.

Ruangdet pada mulanya beranggapan bahawa penyewa itu tidak menetap di situ, tetapi selepas mendapatkan kepastian daripada jiran-jiran, mereka mengesahkan bahawa dia tinggal di dalam rumah tersebut sepanjang masa sewaannya.

“Kami hanya tertanya-tanya bagaimana anda masih boleh tinggal di dalam bilik seperti ini”

Ruangdet menerusi Facebooknya tertanya-tanya mengenai wanita itu yang tinggal di dalam persekitaran sebegitu. Bagi membersihkan ruangan tersebut, Ruangdet mengupah seramai 5 orang pencuci untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan. Menurut salah seorang pencuci, bau rumah itu sangat memberi kesan kepada seluruh kawasan.

“Bau rumah itu meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya”

“Saya tidak pernah melihat rumah kotor seperti ini”

Sumber: Asia One, Nathalie Ruangdet

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa